(4) Di
satu masa kemudian daripada itu pula seorang Pegawai Pentadbiran Melayu (MCS)
telah memegang jawatan memangku Pegawai Jajahan Hilir Perak dan iapun mengaku
dirinya dan orang-orang ramai pun panggil ia “Smith” Melayu iaitu Encik Megat
Yunus. Saya semasa itu berkhidmat
sebagai Ketua Kerani (C.C.) di pejabatnya.
Ia begitu jua orangnya jika ia tidakpun lebih garang orangnya daripada
J.D.M. Smith. Saya cukup perhatikan dan
ia cukup pandai mencari kesalahan orang lain di bawah tangannya sehingga dengan
mata kepala saya sendiri pernah melihat seorang pegawai yang sudah berpangkat
“super scale” bertaburan air mata apabila dimarah oleh Megat Yunus. Apatah lagi di hadapan orang lain. Saya yang bekerja terus di bawah tangannya
pula berasa ngeri. Oleh itu, dengan
sulit saya telah katakan kepadanya jika saya tersilap atau tersalah ia boleh
buat sebagaimana ia buat kepada orang lain, tetapi jangan di hadapan orang lain
(iaitu dengan sulit) kerana masing-masing ada maruah di hadapan masyarakatnya. Bagaimanapun, sayapun tidak tahu apa sebabnya
maka ia tidak pernah marah kepada saya samada dalam sulit atau di hadapan orang
lain. Oleh itu, orang-orang lain berasa
hairan sehingga pada satu petang mereka berhimpun di satu tempat dan mereka panggil
saya untuk bertanya saya bagaimana saya seorang saja yang mereka dapati tidak
pernah kena marah oleh Encik Megat Yunus.
Saya jawab mesti kerja kuat, kerja betul jangan buat salah kemudian
serah kepada Allah.
bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA
No comments:
Post a Comment