Total Pageviews

Monday 25 January 2016

???: Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:

     Sebagai mana yang telah dahulu disebutkan saya telah mula berkerja di Jabatan Hal-Ehwal Ugama Islam Perak sebagai Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Fund Perak pada 5.7.1952.
     Daripada mula saya mula berkerja di situ lagi saya dapati keadaannya di situ sedikit pelik atau ganjil diantaranya sebagaimana yang akan disebutkan dibawah ini-
     (1)   Jabatan ini sebagaimana saya sebutkan diatas ialah dinamakan Jabatan Hal-Ehwal Ugama Perak didalam bahasa Inggeris, Department of Religious Affairs, Perak. Oleh itu tidak tersebut langsung Ugama Islam yang ditujukan atau yang disebutkan dan dengan nama yang tersebut terutamanya namanya didalam bahasa Inggeris mengikut nahu bahasa itu boleh dihuraikan satu jabatan bagi kesemua ugama yang ada didalam negeri ini. Ada pula memahamkan jabatan itu ialah pejabat Majlis Ugama Islam dan ini mengelirukan juga, yang mana besar Jabatan atau Majlis Ugama.


bersambung


 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

??? : Bab ini dijumpai tidak mempunyai tajuk.

Entry - 216

Monday 18 January 2016

SEKOLAH LATIHAN WANITA IPOH (Sambungan 6): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:

     Saya telah berasa serba salah kerana hendak bercakap panjang pun diatas perkara itu bukan pada tempatnya tetapi bagaimanapun telah ternampak kepada saya yang cita-cita (3) tidak diperolehi dan bagitulah nampaknya keadaan zaman sekarang ia-itu bantuan yang diberi sebanyak $400,000 tidak dapat membeli atau tidak pun dihargakan semangkuk teh dan sepotong kek yang harus termakan jika ia dijemput hadir bagaimana pun tuhan yang maha adil tidak pun mensia-siakan amalan yang baik walau sebesar zarah sekali pun
     Pada akhirnya  Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang dijemput itu yang sebenarnya seorang daripada anak saudara saya jua tidak datang menghadiri majlis yang diadakan itu.  



 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA



Entry - 215