Total Pageviews

Monday 25 April 2016

??? (Sambungan 11): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:

(2)     Dimasa saya berkhidmat tempoh hari di rumah-rumah sakit di negeri ini, pada satu masa saya ditugaskan untuk menjaga pekerja-pekerja membersihkan tanah wakaf perkuburan orang-orang Islam dengan jalan upah. Saya berkerja mengikut arahan ketua saya doktor besar rumah sakit itu yang saya wajib tunaikan sebagai kaki tangan. Diakhirnya saya dibayar wang elaun (overtime) dengan saya sendiri tidak memintanya dan tidak pula berniat untuk mendapat atau menuntut baginya


bersambung
 

 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

??? : Bab ini dijumpai tidak mempunyai tajuk.

Entry - 227

Monday 18 April 2016

??? (Sambungan 10): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:

(1)     Pada masa saya mula bekerja di Jabatan Pelajaran Perak sebagai Pembantu Kewangan (Financial Assistant) saya mengelolakan perkara kewangan jabatan itu keseluruhannya, termasuk wang bayaran murid sekolah-sekolah yang memasuki sijil peperiksaan Cambridge School Certificate dan lain-lain lagi. Diakhir tahun itu saya ditanya oleh Tuan Nazir Agung Sekolah-Sekolah Perak adakah wang kumpulan itu berbaki - saya jawab ada dan ia terus beri saya wang elaun daripada wang baki itu bagi usaha saya berkenaan dengan kumpulan wang itu dengan saya tidak minta. Saya jawab saya cuma menjalankan satu daripada tugas saya, tetapi tuan itu berkata, wang itu bukannya Kumpulam Wan Kerajaan dan saya bertugas kerananya adalah keluar daripada tugas saya dan terus dibayarnya jua. 


bersambung


 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

??? : Bab ini dijumpai tidak mempunyai tajuk.

Entry - 226

Monday 11 April 2016

??? (Sambungan 9): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:


     Lagi pun saya percaya yang saya akan berkhidmat didalam satu jabatan kerajaan Pejabat Ugama Islam ia-itu ugama yang saya anuti yang saya fikir tetap sekali akan berkhidmat adil kepada saya kerana didalam masa perkhidmatan saya di pejabat kerajaan yang lain selama 37 tahun sebelum besara saya telah bekerja bersama dengan pegawai dan kaki tangan daripada bangsa dan warna kulit yang berlainan ugama maka saya dapati mereka itu pun amat bertimbang rasa kepada saya, yang saya boleh sebutkan diantaranya:-  


bersambung


 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

??? : Bab ini dijumpai tidak mempunyai tajuk.

Entry - 225

Tuesday 5 April 2016

??? (Sambungan 8): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:(8)

      Saya terima jawatan itu kerana saya berazam bersungguh serta berhajat dan suka berkhidmat bersama-sama dengan pegawai-pegawai dan kaki tangan yang sama sebangsa dan seugama dengan saya dan saya berfikir iaitu senang berunding diatas perkara-perkara yang berbangkit antara sanubari yang daripada Yang DiPertuanya kebawah diantara orang atau pegawai yang saya telah lama berkenal dan pernah sama berkerja disatu-satu tempat. Oleh itu saya tidahlah mengambil berat tentang faedah dimasa hadapannya bagi diri sendiri. Tambahan pula cawangan yang diarahkan kepada saya untuk mengelolakannya baharu saja ditubuhkan. Bagaimana saya mengambil pedoman dengan lantikan jawatan itu dibawah satu bangunan yang sama dan saya dibayar gaji dengan mengikut peraturan kerajaan, sebagaimana gaji yang dibayar kepada kaki tangan kerajaan yang telah bersara dan kaki tangan yang lain pula adalah mengukut peraturan kerajaan jua.  

bersambung


 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

??? : Bab ini dijumpai tidak mempunyai tajuk.

Entry - 224