(2) Perbendaharaan
Kecil – diakhir tiap-tiap bulan di pejabat saya itu selalu sibuk kerana hendak
menutup dan menghantar kira-kira bulanan kepada Bendahari Negeri. Oleh itu saya terpaksalah bekerja hingga
malam hari.
Pada satu malam
saya bekerja hingga pukul 10.00 malam dan saya tutup opis hendak pulang. Sebelum berapa jauh di tengah jalan, saya
teringat saya tinggalkan di dalam opis ubat nyamuk yang sudah berpasang api
yang saya telah lupa hendak padamkan.
Oleh itu, saya berasa khuatir kalau-kalau api itu jatuh merebak ke atas
kertas-kertas di situ dan terbakar pula kelak pejabat itu. Saya patah balik ke belakang kerana hendak
memadamkan api itu. Saya sangka orang Banggali
Guard yang menjaga di situ kenal atau nampak saya balik kerana baru saja beberapa
minit saya tinggalkan tempat itu. Saya
ambil kunci pejabat daripada kocek saya hendak buka pintu pejabat. Bila orang Benggali Guard itu nampak saya
dari sedikt jauh ia meluru menuju saya dengan senapang benet yang sedia
berpasang (Fixed Bayonet) dan bersuara lebih kurang “Huru sta kamus dey”. Barangkali sebetulnya perkataan Inggeris “Who
comes over there?” (siapa yang mari di sana tu) dan benet
senapangnya terus menuju dada saya. Saya
cuba
sekuat-kuat hati hendak menjawab tetapi mulut saya telah tidak boleh bercakap
lagi. Nasib baik saya, guard itu selepas
itu baru kenal saya dan sedikit demi sedikit baru saya boleh bercakap selepas
beberapa minit. Selepas itu saya
bersumpah tidak hendak lagi pergi ke situ di waktu malam.
bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA
No comments:
Post a Comment