Total Pageviews

Monday 30 May 2016

MENENTUKAN JAWATAN YANG SAYA AKAN JALANKAN (Sambungan 3): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:

     Engku Yang DiPertua telah bermurah hati dan dengan serta merta telah memanggil sekelian khadi wilayah diseluruh negeri Perak untuk datang ke Ibu Pejabat Hal Ehwal Ugama Perak di Ipoh pada satu hari yang ditetapkan untuk ia menerangkan pendirian saya dan lain-lain. Perjumpaan ini telah diadakan di bilik mahkamah di ibu pejabat itu. Pada hari yang ditetapkan dan dihadiri oleh tuan-tuan khadi wilayah seluruh negeri Perak dan pegawai-pegawai tertinggi dan kaki tangan di ibu pejabat.
     Engku Yang DiPertua telah menerangkan dengan jelas serta dengan menggunakan rajah-rajah dipapan hitam yang menunjukkan sekelian perkara yang ia patut terangkan diantara tugas-tugas Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Perak serta pegawai-pegawai dan kaki-kaki tangan yang dibawah arahannya dan tugas-tugas saya dan jua kaki tangan yang tertakluk dibawah saya. Dengan ringkas ia menerangkan ia-itu tugas saya ialah untuk mengelolakan kutipan-kutipan dibawah Jadual 112(3) perjanjian Federation of Malaya Agreement 1948. Dimasa itu jua Engku Yang DiPertua itu telah menerangkan serta mengarahkan pertamanya khadi-khadi wilayah masing-masing diatas langkah-langkah yang hendak diambil dengan serta merta kerana masa itu jua hendak mula menjalankan kutipan fitrah selain daripada baitulmal dan kawalan wakaf-wakaf dan ditahun yang kehadapan (1953) pula ditambah lagi kutipan zakat.

 

bersambung

 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

Entry - 232

Monday 23 May 2016

MENENTUKAN JAWATAN YANG SAYA AKAN JALANKAN (Sambungan 2): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:

     Saya pun bersetuju menerima jawatan itu dengan syarat sekelian yang berkenaan terutamanya sekelian Khadi wilayah-wilayah dan lain-lain seluruh negeri Perak diberitahu sejelas-jelasnya diatas perkara itu untuk mengelakkan daripada apa-apa salah faham atau perselisihan faham dan untuk menjelaskan dan melicinkan perjalanan kutipan yang akan dijalankan.
     Sebagaimana yang termaklum Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Perak sudah sedia ada seorang Setiusaha atau pemangkunya dimasa itu yang dipanggil Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Perak ia-itu mengikut Undang yang terkanun sebagai satu perbadanan iaitu Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Perak tetapi pegawai-pegawainya seperti Yang DiPertuanya dan lain-lain adalah kaki tangan kerajaan negeri yang dibayar daripada Perbendaharaan kerajaan negeri sebagai kaki tangan Jabatan Hal Ehwal Ugama Perak.  

bersambung

 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

Entry - 231

Monday 16 May 2016

MENENTUKAN JAWATAN YANG SAYA AKAN JALANKAN (Sambungan 1): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:

     Ia terus cadangkan saya diberi jawatan sebagai Penyimpan Kewangan (Bendahari) dan saya terus bersetuju menerimanya tetapi saya terus jelaskan iaitu saya tidak bertanggung jawab atau bersangkut paut dengan perkara pentadbiran (Administration) cawangan itu dan saya cuma mengelolakan kewangan saja. Engku Yang DiPertua itu berkehendakkan saya jua mengelolakan semua perkara yang berkaitan dengan cawangan itu.
     Selepas perundingan dengan panjang lebar saya ditugaslan sebagai Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Fund yang ditubuhkan dibawah Jadual 13 Undang-Undang Negeri Perak 6/1951 dan saya diberikan tugas dan bertanggung jawab sebagaimana yang telah terdahulu disebutkan


bersambung

 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

Entry - 230

Monday 9 May 2016

MENENTUKAN JAWATAN YANG SAYA AKAN JALANKAN: Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:

     Pada pagi saya merepotkan diri atau dengan tegasnya pada hari saya untuk mula bekerja di Jabatan Ugama pada 5.9.1952 itu, Engku Yang DiPertua Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Perak (Allahyarham Raja Musa bin Raja Mahadi) telah rundingkan menerusi telefon dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak dimasa itu untuk menentukan apa jawatan bagi saya yang berpadan dengan gaji dan elaun yang akan dibayar kepada saya mengikut peraturan kerajaann dan dimasa itu saya ada bersama-sama dengan Engku Yang DiPertua. Yang Amat Berhormat berkata saya patut diberi jawatan sebagai Controller of Religious Funds. Saya sendiri dengar Engku Yang DiPertuan itu menjawab sekiranya saya diberi jawatan itu, seolah-olah ia telah tertinggal kebelakang dan tidak lagi mengetuai cawangan yang akan ditubuhkan itu dan saya pun terus menyatakan hasrat saya iaitu saya tidak sanggup menerimanya.  

bersambung

 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

Entry - 229

Monday 2 May 2016

??? (Sambungan 12): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:

(3)    Dimasa saya didalam gered tiga lagi didalam jawatan saya juga saya telah diarahkan untuk menjalankan kerja seorang didalam gered satu, semasa ia bercuti beberapa kali. Ini adalah disebabkan ketua pejabat saya percaya yang saya boleh buat kerja itu dan buat bekerja itu sebagaimana yang diarahkan dengan tidak meminta apa-apa bayaran dan saya kerjakan pekerjaan itu sebagai tambahan kepada kerja saya sendiri. Tiap-tiap kali pada akhirnya saya dibayar wang sagu hati 'bonus' atau elaun dengan saya tidak berniat hendak meminta bayaran.
     Begitulah seterusnya saya jalankan pekerjaan yang saya ditugaskan untuk menjalankannya oleh ketuanya daripada bangsa-bangsa asing dan ugama yang lain yang saya dapati amat bertimbang rasa. Oleh itu saya anggap lebih-lebih lagi daripada yang sebangsa dan seugama dengan saya,    




 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

??? : Bab ini dijumpai tidak mempunyai tajuk.

Entry - 228

Monday 25 April 2016

??? (Sambungan 11): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:

(2)     Dimasa saya berkhidmat tempoh hari di rumah-rumah sakit di negeri ini, pada satu masa saya ditugaskan untuk menjaga pekerja-pekerja membersihkan tanah wakaf perkuburan orang-orang Islam dengan jalan upah. Saya berkerja mengikut arahan ketua saya doktor besar rumah sakit itu yang saya wajib tunaikan sebagai kaki tangan. Diakhirnya saya dibayar wang elaun (overtime) dengan saya sendiri tidak memintanya dan tidak pula berniat untuk mendapat atau menuntut baginya


bersambung
 

 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

??? : Bab ini dijumpai tidak mempunyai tajuk.

Entry - 227

Monday 18 April 2016

??? (Sambungan 10): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:

(1)     Pada masa saya mula bekerja di Jabatan Pelajaran Perak sebagai Pembantu Kewangan (Financial Assistant) saya mengelolakan perkara kewangan jabatan itu keseluruhannya, termasuk wang bayaran murid sekolah-sekolah yang memasuki sijil peperiksaan Cambridge School Certificate dan lain-lain lagi. Diakhir tahun itu saya ditanya oleh Tuan Nazir Agung Sekolah-Sekolah Perak adakah wang kumpulan itu berbaki - saya jawab ada dan ia terus beri saya wang elaun daripada wang baki itu bagi usaha saya berkenaan dengan kumpulan wang itu dengan saya tidak minta. Saya jawab saya cuma menjalankan satu daripada tugas saya, tetapi tuan itu berkata, wang itu bukannya Kumpulam Wan Kerajaan dan saya bertugas kerananya adalah keluar daripada tugas saya dan terus dibayarnya jua. 


bersambung


 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

??? : Bab ini dijumpai tidak mempunyai tajuk.

Entry - 226