Saya ingat satu
kejadian iaitu seorang daripada kakitangan pejabat itu telah lima tahun
berturut-turut memasuki peperiksaan untuk menaiki tingkat (grade) gajinya (Bar)
dan di masa saya bekerja di pejabat itu, ia tidak mahu lagi memasuki
pepereksaan itu kerana katanya ia sudah jemu dan begitupun beberapa tahun yang
lepas maka tidak jua dia berjaya.
Perkara itu telah sampai ke Ibu Pejabat di Taiping tetapi apa yang
sangat mengecewakan ialah di masa itu baru diberitahu yang sebenarnya. Kononnya ialah telah menjadi sedikit
kesilapan iaitu orang atau pegawai itu telah lulus di dalam peperiksaannya
didalam tahun yang awal lima
tahun dahulu. Oleh itu ia terus dinaikan
gred itu sekarang. Apa yang diketahui ialah
di dalam masa yang lepas ia tidak mendapat rekod yang baik oleh sebab kad
pekerjaannya “Job Card” tidak begitu baik.
Dan apabila saya asingkan kad-kad yang tidak elok itu daripada dosairnya
maka Tuan Ketua Pejabat itu yang baharu telah bersetuju membuat penyata yang
baik ke atasnya. Oleh itu, ia telah rugi
kenaikkan gajinya selama lima
tahun yang mana tidak ada ubat hendak membaikinya.
Jika saya
sendiri tidak melihat kejadian ini dengan mata kepala saya sendiri, maka harus
saya tidak percaya tetapi sebenarnya perkara-perkara itu berlaku yang saya
sendiri saksikan. Di masa itu kakitangan
Pejabat Ukur-Mengukur atau sukat-menyukat amat tidak puas hati di atas sikap
yang dikenakan ke atas mereka di masa itu yang berlainan daripapa
pejabat-pejabat kerajaan yang lain sehingga mereka berani menyebarkan katun
(cartoon) di dalam surat-surat khabar tempat yang menunjukkan seekor lembu yang
kurus (diibaratkan diri mereka) menarik sebuah kereta yang amat sarat muatannya
dengan barang-barang yang amat banyak dan amat berat sehingga tidak upaya lembu
iyu menarik kereta itu. Oleh itu lelmbu
itu dipukul sekuat-kuatnya oleh pemandunya berjelejeh air mulut dan mata dan
seolah-olah nampak nafasnya yang sesak melalui hidungnya. Tetapi lembu itu terpaksa jua sekuat-kuatnya
menarik kereta itu. Selepas itu dan sekarang
ini saya fahamkan keadaan di situ telah berubah dan jeadaan semacam itu tidak
berlaku lagi.
bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA
|
Total Pageviews
Monday, 11 March 2013
BERTUKAR KERJA KE BATU GAJAH DALAM MASA MELESET (Sambungan 5): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak;
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment