Total Pageviews

Monday 30 May 2016

MENENTUKAN JAWATAN YANG SAYA AKAN JALANKAN (Sambungan 3): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:

     Engku Yang DiPertua telah bermurah hati dan dengan serta merta telah memanggil sekelian khadi wilayah diseluruh negeri Perak untuk datang ke Ibu Pejabat Hal Ehwal Ugama Perak di Ipoh pada satu hari yang ditetapkan untuk ia menerangkan pendirian saya dan lain-lain. Perjumpaan ini telah diadakan di bilik mahkamah di ibu pejabat itu. Pada hari yang ditetapkan dan dihadiri oleh tuan-tuan khadi wilayah seluruh negeri Perak dan pegawai-pegawai tertinggi dan kaki tangan di ibu pejabat.
     Engku Yang DiPertua telah menerangkan dengan jelas serta dengan menggunakan rajah-rajah dipapan hitam yang menunjukkan sekelian perkara yang ia patut terangkan diantara tugas-tugas Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Perak serta pegawai-pegawai dan kaki-kaki tangan yang dibawah arahannya dan tugas-tugas saya dan jua kaki tangan yang tertakluk dibawah saya. Dengan ringkas ia menerangkan ia-itu tugas saya ialah untuk mengelolakan kutipan-kutipan dibawah Jadual 112(3) perjanjian Federation of Malaya Agreement 1948. Dimasa itu jua Engku Yang DiPertua itu telah menerangkan serta mengarahkan pertamanya khadi-khadi wilayah masing-masing diatas langkah-langkah yang hendak diambil dengan serta merta kerana masa itu jua hendak mula menjalankan kutipan fitrah selain daripada baitulmal dan kawalan wakaf-wakaf dan ditahun yang kehadapan (1953) pula ditambah lagi kutipan zakat.

 

bersambung

 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

Entry - 232

Monday 23 May 2016

MENENTUKAN JAWATAN YANG SAYA AKAN JALANKAN (Sambungan 2): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:

     Saya pun bersetuju menerima jawatan itu dengan syarat sekelian yang berkenaan terutamanya sekelian Khadi wilayah-wilayah dan lain-lain seluruh negeri Perak diberitahu sejelas-jelasnya diatas perkara itu untuk mengelakkan daripada apa-apa salah faham atau perselisihan faham dan untuk menjelaskan dan melicinkan perjalanan kutipan yang akan dijalankan.
     Sebagaimana yang termaklum Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Perak sudah sedia ada seorang Setiusaha atau pemangkunya dimasa itu yang dipanggil Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Perak ia-itu mengikut Undang yang terkanun sebagai satu perbadanan iaitu Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Perak tetapi pegawai-pegawainya seperti Yang DiPertuanya dan lain-lain adalah kaki tangan kerajaan negeri yang dibayar daripada Perbendaharaan kerajaan negeri sebagai kaki tangan Jabatan Hal Ehwal Ugama Perak.  

bersambung

 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

Entry - 231

Monday 16 May 2016

MENENTUKAN JAWATAN YANG SAYA AKAN JALANKAN (Sambungan 1): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:

     Ia terus cadangkan saya diberi jawatan sebagai Penyimpan Kewangan (Bendahari) dan saya terus bersetuju menerimanya tetapi saya terus jelaskan iaitu saya tidak bertanggung jawab atau bersangkut paut dengan perkara pentadbiran (Administration) cawangan itu dan saya cuma mengelolakan kewangan saja. Engku Yang DiPertua itu berkehendakkan saya jua mengelolakan semua perkara yang berkaitan dengan cawangan itu.
     Selepas perundingan dengan panjang lebar saya ditugaslan sebagai Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Fund yang ditubuhkan dibawah Jadual 13 Undang-Undang Negeri Perak 6/1951 dan saya diberikan tugas dan bertanggung jawab sebagaimana yang telah terdahulu disebutkan


bersambung

 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

Entry - 230

Monday 9 May 2016

MENENTUKAN JAWATAN YANG SAYA AKAN JALANKAN: Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:

     Pada pagi saya merepotkan diri atau dengan tegasnya pada hari saya untuk mula bekerja di Jabatan Ugama pada 5.9.1952 itu, Engku Yang DiPertua Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Perak (Allahyarham Raja Musa bin Raja Mahadi) telah rundingkan menerusi telefon dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak dimasa itu untuk menentukan apa jawatan bagi saya yang berpadan dengan gaji dan elaun yang akan dibayar kepada saya mengikut peraturan kerajaann dan dimasa itu saya ada bersama-sama dengan Engku Yang DiPertua. Yang Amat Berhormat berkata saya patut diberi jawatan sebagai Controller of Religious Funds. Saya sendiri dengar Engku Yang DiPertuan itu menjawab sekiranya saya diberi jawatan itu, seolah-olah ia telah tertinggal kebelakang dan tidak lagi mengetuai cawangan yang akan ditubuhkan itu dan saya pun terus menyatakan hasrat saya iaitu saya tidak sanggup menerimanya.  

bersambung

 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

Entry - 229

Monday 2 May 2016

??? (Sambungan 12): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:

(3)    Dimasa saya didalam gered tiga lagi didalam jawatan saya juga saya telah diarahkan untuk menjalankan kerja seorang didalam gered satu, semasa ia bercuti beberapa kali. Ini adalah disebabkan ketua pejabat saya percaya yang saya boleh buat kerja itu dan buat bekerja itu sebagaimana yang diarahkan dengan tidak meminta apa-apa bayaran dan saya kerjakan pekerjaan itu sebagai tambahan kepada kerja saya sendiri. Tiap-tiap kali pada akhirnya saya dibayar wang sagu hati 'bonus' atau elaun dengan saya tidak berniat hendak meminta bayaran.
     Begitulah seterusnya saya jalankan pekerjaan yang saya ditugaskan untuk menjalankannya oleh ketuanya daripada bangsa-bangsa asing dan ugama yang lain yang saya dapati amat bertimbang rasa. Oleh itu saya anggap lebih-lebih lagi daripada yang sebangsa dan seugama dengan saya,    




 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

??? : Bab ini dijumpai tidak mempunyai tajuk.

Entry - 228

Monday 25 April 2016

??? (Sambungan 11): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:

(2)     Dimasa saya berkhidmat tempoh hari di rumah-rumah sakit di negeri ini, pada satu masa saya ditugaskan untuk menjaga pekerja-pekerja membersihkan tanah wakaf perkuburan orang-orang Islam dengan jalan upah. Saya berkerja mengikut arahan ketua saya doktor besar rumah sakit itu yang saya wajib tunaikan sebagai kaki tangan. Diakhirnya saya dibayar wang elaun (overtime) dengan saya sendiri tidak memintanya dan tidak pula berniat untuk mendapat atau menuntut baginya


bersambung
 

 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

??? : Bab ini dijumpai tidak mempunyai tajuk.

Entry - 227

Monday 18 April 2016

??? (Sambungan 10): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:

(1)     Pada masa saya mula bekerja di Jabatan Pelajaran Perak sebagai Pembantu Kewangan (Financial Assistant) saya mengelolakan perkara kewangan jabatan itu keseluruhannya, termasuk wang bayaran murid sekolah-sekolah yang memasuki sijil peperiksaan Cambridge School Certificate dan lain-lain lagi. Diakhir tahun itu saya ditanya oleh Tuan Nazir Agung Sekolah-Sekolah Perak adakah wang kumpulan itu berbaki - saya jawab ada dan ia terus beri saya wang elaun daripada wang baki itu bagi usaha saya berkenaan dengan kumpulan wang itu dengan saya tidak minta. Saya jawab saya cuma menjalankan satu daripada tugas saya, tetapi tuan itu berkata, wang itu bukannya Kumpulam Wan Kerajaan dan saya bertugas kerananya adalah keluar daripada tugas saya dan terus dibayarnya jua. 


bersambung


 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

??? : Bab ini dijumpai tidak mempunyai tajuk.

Entry - 226

Monday 11 April 2016

??? (Sambungan 9): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:


     Lagi pun saya percaya yang saya akan berkhidmat didalam satu jabatan kerajaan Pejabat Ugama Islam ia-itu ugama yang saya anuti yang saya fikir tetap sekali akan berkhidmat adil kepada saya kerana didalam masa perkhidmatan saya di pejabat kerajaan yang lain selama 37 tahun sebelum besara saya telah bekerja bersama dengan pegawai dan kaki tangan daripada bangsa dan warna kulit yang berlainan ugama maka saya dapati mereka itu pun amat bertimbang rasa kepada saya, yang saya boleh sebutkan diantaranya:-  


bersambung


 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

??? : Bab ini dijumpai tidak mempunyai tajuk.

Entry - 225

Tuesday 5 April 2016

??? (Sambungan 8): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:(8)

      Saya terima jawatan itu kerana saya berazam bersungguh serta berhajat dan suka berkhidmat bersama-sama dengan pegawai-pegawai dan kaki tangan yang sama sebangsa dan seugama dengan saya dan saya berfikir iaitu senang berunding diatas perkara-perkara yang berbangkit antara sanubari yang daripada Yang DiPertuanya kebawah diantara orang atau pegawai yang saya telah lama berkenal dan pernah sama berkerja disatu-satu tempat. Oleh itu saya tidahlah mengambil berat tentang faedah dimasa hadapannya bagi diri sendiri. Tambahan pula cawangan yang diarahkan kepada saya untuk mengelolakannya baharu saja ditubuhkan. Bagaimana saya mengambil pedoman dengan lantikan jawatan itu dibawah satu bangunan yang sama dan saya dibayar gaji dengan mengikut peraturan kerajaan, sebagaimana gaji yang dibayar kepada kaki tangan kerajaan yang telah bersara dan kaki tangan yang lain pula adalah mengukut peraturan kerajaan jua.  

bersambung


 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

??? : Bab ini dijumpai tidak mempunyai tajuk.

Entry - 224

Monday 28 March 2016

??? (Sambungan 7): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:(7)

     Saya terima jawatan yang ditawarkan kepada saya di Jabatan Hal Ehwal Ugama Perak di cawangannya yang baharu sahaja dibuka dan berkehendakkan kaki tangan dengan serta merta kerana masanya telah pun terlewat dimasa itu ia itu dimasa  hendak memulakan kutipan fitrah, baitulmal dan kawalan wakaf ditahun itu kerana nampaknya sebelum itu mereka telah cuba menjalankan cawangan yang baharu itu sendiri tetapi nampaknya mereka sendiri tidak dapat menjalankan sendiri kerana perkerjaan itu berkehendakkan mengatur cara baru pertamanya dengan urusan kewangan.


bersambung


 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

??? : Bab ini dijumpai tidak mempunyai tajuk.

Entry - 223

Monday 21 March 2016

??? (Sambungan 6): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:(6)

     Saya pun berasa gembira kerana dengan perlantikan itu saya berfikir dapatlah saya meneruskan perkhidmatan saya kepada bangsa dan ugama sendiri di negeri sendiri pula. Sungguhpun dimasa itu jua seorang pegawai bangsa kulit putih yang dahulunya menjadi ketua saya semasa semasa ia memegang jawatan sebagai Pegawai Jajahan Hilir Perak, Telok Anson dan saya dimasa itu berkhidmat di situ yang dimasa yang akhir ini tuan itu telah dilantik sebagai Setiausaha dan pegawai pentadbiran disatu ibu pejabat di ibu kota Kuala Lumpur yang suka dan berkehendakkan saya berkerja di jabatanya yang sekarang selepas saya bersara dengan dibayar gaji mengikut peraturan kerajaan sebagai seorang pegawai yang telah bersara.


bersambung


 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

??? : Bab ini dijumpai tidak mempunyai tajuk.

Entry - 222

Monday 14 March 2016

??? (Sambungan 5): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:(5)

     Saya telah ditawarkan atau dilantik sebagai Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Fund Perak yang ditubuhkan mengikut ceraian 13 Undang-Undang Negeri Perak 6/1951, Undang-Undang Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Perak dan saya diberikan tugas mengelolakan kutipan baitul-mal, zakat dan fitrah mengikut kuat kuasa Undang-Undang Negeri Perak 7/1951 ia-itu Undang-Undang Baitul-Mal, Zakat dan Fitrah Perak dan Undang-Undang Perak bilangan 8/1951 ia-itu Undang-Undang Kawalan Wakaf dengan dibayar gaji sebagai seorang pegawai atau kaki tangan yang telah bersara ia-itu mengikut peraturan kerajaan. 


bersambung


 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

??? : Bab ini dijumpai tidak mempunyai tajuk.

Entry - 221

Monday 7 March 2016

??? (Sambungan 4): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:

(5)    Sebagaimana (1) jabatan ini ialah satu Jabatan Hal Ehwal Ugama Perak dan semua pegawai dan kaki tangan adalah orang-orang kerajaan belaka sebagaimana (4) tetapi berketuakan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu yang dikatakan satu perbadanan tetapi tiadalah didapati tersebut dimana pun iaitu Yang DiPertua Majlis itu ialah ex-officio ketua Jabatan Hal Ehwal Ugama iaitu satu jabatan kerajaan atau sebaliknya.

bersambung


 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

??? : Bab ini dijumpai tidak mempunyai tajuk.

Entry - 220

Monday 29 February 2016

??? (Sambungan 3): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:(3)

 (4) Yang lebih mengelirukan saya lagi ialah mengikut ceraian 6 undang-undang yang disebutkan menyatakan iaitu Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Perak adalah satu perbadanan "corporate body". Saya masa itu tidaklah faham langsung apa perbadanan itu tetapi saya dapati kesemua pegawai-pegawai daripada Yang DiPertuanya kebawah semuanya pegawai-pegawai dan kaki tangan kerajaan yang dibayar gaji dan apabila bersara dibayar daripada Perbendaharaan Kerajaan   


bersambung


 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

??? : Bab ini dijumpai tidak mempunyai tajuk.

Entry - 219

Monday 22 February 2016

?? (Sambungan 2): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:

 (3)     Ceraian 3 atau Sec 3 undang-undang yang tersebut memberi penghuraian ia-itu "adat Melayu" yang disebut didalam undang-undang itu tidak termasuk adat resam atau pun adat istiadat Melayu tetapi cuma dituju kepada perkara "harta sepencarian" diantara orang-orang Melayu saja dan itu pun selama saya berkhidmat di situ tidak pula pernah saya mendengar berlaku perbicaraan dijalankan didalam perkara itu. 


bersambung


 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

??? : Bab ini dijumpai tidak mempunyai tajuk.

Entry - 218

Monday 15 February 2016

??? (Sambungan 1): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:

(2)     Undang-Undang Negeri Perak bilangan 6/1951 dinamakan Undang-Undang Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu 1951, mengikut seksyen 4 undang-undang itu jua dinamakan pula didalam bahasa Inggeris Council of Religion and Malay Custom. Oleh itu tidak bersetentangan dengan nama didalam kedua bahasa itu ia-itu didalam bahasa Inggeris tidak disebutkan Ugama "Islam" yang dimaksudkan dan boleh juga mengelirukan sebagaimana (1) kepada mereka yang berugama lain.


bersambung


 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

??? : Bab ini dijumpai tidak mempunyai tajuk.

Entry - 217

Monday 25 January 2016

???: Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:

     Sebagai mana yang telah dahulu disebutkan saya telah mula berkerja di Jabatan Hal-Ehwal Ugama Islam Perak sebagai Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Fund Perak pada 5.7.1952.
     Daripada mula saya mula berkerja di situ lagi saya dapati keadaannya di situ sedikit pelik atau ganjil diantaranya sebagaimana yang akan disebutkan dibawah ini-
     (1)   Jabatan ini sebagaimana saya sebutkan diatas ialah dinamakan Jabatan Hal-Ehwal Ugama Perak didalam bahasa Inggeris, Department of Religious Affairs, Perak. Oleh itu tidak tersebut langsung Ugama Islam yang ditujukan atau yang disebutkan dan dengan nama yang tersebut terutamanya namanya didalam bahasa Inggeris mengikut nahu bahasa itu boleh dihuraikan satu jabatan bagi kesemua ugama yang ada didalam negeri ini. Ada pula memahamkan jabatan itu ialah pejabat Majlis Ugama Islam dan ini mengelirukan juga, yang mana besar Jabatan atau Majlis Ugama.


bersambung


 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

??? : Bab ini dijumpai tidak mempunyai tajuk.

Entry - 216

Monday 18 January 2016

SEKOLAH LATIHAN WANITA IPOH (Sambungan 6): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:

     Saya telah berasa serba salah kerana hendak bercakap panjang pun diatas perkara itu bukan pada tempatnya tetapi bagaimanapun telah ternampak kepada saya yang cita-cita (3) tidak diperolehi dan bagitulah nampaknya keadaan zaman sekarang ia-itu bantuan yang diberi sebanyak $400,000 tidak dapat membeli atau tidak pun dihargakan semangkuk teh dan sepotong kek yang harus termakan jika ia dijemput hadir bagaimana pun tuhan yang maha adil tidak pun mensia-siakan amalan yang baik walau sebesar zarah sekali pun
     Pada akhirnya  Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang dijemput itu yang sebenarnya seorang daripada anak saudara saya jua tidak datang menghadiri majlis yang diadakan itu.  



 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA



Entry - 215