Raja Abdullah yang bersemayam di Batak Rabit, Hilir
Perak tidak pula dapat mudik ke Sayong, Kuala Kangsar oleh kerana beberapa
sebab antaranya:-
(1)
Perselisihan rumah tangga sendiri yang berpunca
daripada isterinya Raja Tipah iaitu anahanda kepada Al-Marhum Sultan Ali yang mangkat kerana
semasa itu baginda masih gering lagi. Raja Tipah sudah berulang-ulang mengajak
Raja Muda Abdullah suaminya berangkat mudik ke Sayong, Kuala Kangsar untuk
melihat ayahandanya semasa gering. Maka
Raja Abdullah sehari ke sehari bertangguh hendak berangkat. Boleh jadi sebab sebab memikirkan payah dan
jauh sangat perjalanan dan pula tidak disangkakan kemangkatan itu berlaku. Raja
Tipah telah merajuk lalu melarikan diri daripada Batak Rabit dengan Raja Daud
saudara Raja Mahadi, orang kuat Selangor.
(2)
Raja Muda Abdullah harus tidak berani sebab
takut Raja Yusof yang bersemayam di Singgang, di tengah jalan yang telah
mengugut tempoh hari oleh itu Raja Muda Abdullah telah teragak agak mana langkah
yang patut diambil lebih dahulu.
(3)
Tambahan pula perjalanan daripada Batak Rabit,
Hilir Perak ke Sayong, Kuala Kangsar sejauh hampir 100 batu jauh kerana dimasa
itu bukan bagaimana sekarang jalan ke sana ialah dengan bergajah atau dengan
sampan mudik ikut Sungai Perak bergalah saja, yang akan memakan masa dan
Orang-orang Besar Negeri semuanya telahpun pergi ke sana terlebih dahulu. Oleh itu harus tidak ada siapa daripada
Orang-orang Besar atau orang-orang yang boleh diharapkan hendak mengiringinya.
Sementara itu, Orang-orang Besar Perak bosan menanti
keberangkatan Raja Muda Abdullah sehingga 32 hari (dan setengah riwayat berkata
40 hari) tidak jua tiba. Oleh itu,
mereka itu telah melantik Raja Ismail sebagai Sultan untuk sementara waktu bagi
meluluskan mengisiytiharkan permakaman jenazah Al-Marhum Sultan Ali – Al-Marhum
yang telah begitu lama ditangguhkan.
bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas
Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH |
Total Pageviews
Monday, 4 November 2013
SEDIKIT TAWARIKH DIRIWAYATKAN GELARAN-GELARAN YANG DISANDANG OLEH ANAK BUMIPUTRA LAMBOR KIRI (SAMBUNGAN 3): SEJARAH DAN RIWAYAT KAMPUNG SAYA LAMBOR KIRI, PARIT, PERAK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment