Apabila Al-Marhum Sultan Jaafar Muazam Shah mangkat
di dalam tahun 1865 maka Raja Muda Ali telah ditabalkan sebagai Sultan Perak
yang kedua-puluh empat. Paduka Seri
Sultan Ali Al-Mukamil Inayat Shah (1865-1871) dan Raja Muda Abdullaj, putera
sulung Sultan Jaafar Muazam Shah sepatutnya dilantik sebagai Raja Bendahara
tetapi oleh kerana Raja Ismail, Raja Bendahara tidak boleh dinaikkan kepada
gelaran Raja Muda sebagaimana yang telah dijelaskan, maka Raja Abdullah terus
menjadi Raja Muda. Raja Yusof dan Raja
Ismail tetap dalam jawatan lama dan dengan ini Raja Yusof sekali lagi diketepikan. Sungguhpun bagitu, tidaklah menjadi
pergaduhan dan mungkin Raja Yusof tidak mahu bergaduh atau tiada
penyokongnya. Bagaimanapun, ia telah
menulis kepada pihak British menceritakan hal itu dan mengugut iaitu apbila
Sultan Ali mangkat kelak ia akan bertindak untuk dirinya bagi gelaran sultan
sepatutnya ia yang berhak.
Sebagaimana yang diriwayatkan, Paduka Seri Sultan Ali
Al-Marhum Inayat Shah yang bersemayam di Sayong Kuala Kangsar telah mangkat
dalam tahun 1871. Mengikut adat maka
Raja Muda Abdullah mengambil tempat Sultan dan mengistiharkan permakaman
jenazah Al-Marhum Sultan yang mangkat.
Peredaran zaman mengambil alih tidak sebagaimana yang
dijangka kerana Raja Yusof tidak pula mengambil apa-apa tindakan sebagaimana
yang telah diugutnya. Ini boleh jadi
oleh sebab ia tidak mendapat sokongan daripada mana-mana pihak dan sebaliknya
ia berdiam diri di Singgang pada hal pada kali inilah peluang ia terbuka.
bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas
Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA
No comments:
Post a Comment