Total Pageviews

Monday 7 January 2013

PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK DAN KELUARGA (Sambungan 2): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak;


Saya dapat hampir buat demikian dengan membuat fatwa (Formula) saya sendiri untuk meringkaskan dan menyenangkan pekerjaan itu yang saya telah rahsiakan sendiri hingga masa ini.  Dengan kurnia tuhan, maka saya boleh dikatakan adalah cekap di dalam Ilmu Hisab (kira-kira) daripada masa saya lagi kecil di bangku sekolah yang membolehkan saya membuat fatwa (formula) sendiri.

Di antara fatwa (formula) yang saya buat adalah seperti berikut:-

(1)   Bil-bil bulanan bagi ahli-ahli syarikat di satu pejabat terpaksalah dibuat seperti biasa sebagaimana kelaziman dan tidak dapat diubah tetapi sekadar meringkaskan apa-apa perubahan hendak diambil ingatan atau ditulis di atas bulan yang lain

(2)   Buku daftar ahli dan yuran bulanan. Jika hendak ditulis atau hendak dimasukkan satu lepas satu daripada tiap-tiap bil mengikut satu-satu pejabat adalah berat dan akan memakan masa yang panjang berminggu-minggu masanya tiap-tiap bulan.  Oleh itu, cara yang didapati senang ialah dengan memasukkan yuran-yuran ahli-ahli yang baru masuk (tambahan) di dalam bulan itu dan potong dengan garis yuran-yuran bagi ahli-ahli yang berhenti dan yang tiada membayarnya di dalam bulan itu.  Kemudian masukkan yuran-yuran yang berubah seumpamanya yuran yang dikurangkan atau dinaikkan daripada yuran di dalam bulan yang lalu.  Jika cara ini diperbuat dengan teliti dan bertertib, maka yuran-yuran bagi ahli-ahli yang lain itu ikutlah atau masukkan (tulis) sajalah sebanyak sebagaimana bulan yang lalu.

(3)   Buku daftar Pinjaman – Ia pun diperbuat sebagaimana cara memasukkan buku-buku yuran jua iaitu dimasukkan dahulu di mana-mana yang ada perubahan tetapi berbeza sedikit berkenaan dengan wang faedah (interest).  Misalnya, di bulan  yang lalu, seorang ahli membayar ansuran hutang $5.00 dan faedah 45 sen (dikurang 5 sen) kerana faedah di masa itu atau masa dahulu di hitung 1% di atas baki hutang yang bermaana di bulan yang lalu telah dibayar $5.00 maka berbaki $45.00 lagi.  Demikian juga pula jika ahli itu membayar $10.00 bagi ansuran dan 50 sen bagi faedah.  Maka di bulan ini ia bayar $10.00 bagi ansuran dan hutang dan 40 sen bagi faedahnya.  $50.00 kurang, $10.00 yang dibayar.

(4)   Bagi jumlahnya pula, saya jumlahkan berasingan bagi tiap-tiap muka daftar itu dan jumlahnya bagi tiap-tiap muka itu dibawa atau ditulis di atas muka yang berasingan.  Dengan cara ini, jika didapati apa kekhilafan jumlah tidaklah payah membetulkan dari satu muka ke satu muka sebagaimana jumlah itu jika dibawa ke hadapan daripada satu muka daripada muka yang kehadapan, sebagaimana kelaziman yang diperbuat.

bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA



No comments:

Post a Comment