Total Pageviews

Monday 14 January 2013

PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK DAN KELUARGA (Sambungan 3): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak;

 

(5)   Mengira jumlah – Saya boleh menjumlahkan angka-angka lebih cepat daripada jentera kira-kira “adding/calculating machine” dengan cara menghitung daripada angka dari bawah ke atas supaya jelas atau tidak terlepas satu-satu angka dengan 6 atau 8 angka boleh sekali dihitung dan jalan menghitung mana 2 atau 3 angka yang berjumlah 10 diasingkan lebih dahulu dan menghitung berasingan angka yang tidak berjumlah 10 saja.

Saya dapat berbuat begitu selepas saya memperhatikan angka:-

1  ,2  ,3  ,4  ,5  ,6  ,7  ,8  ,9

Dan jika diperhatikan bersungguh-sungguh maka didapati iaitu angka 1 dipangkal dan 9 dihujung berjumlah 10.  Demikian seterusnya 2 dengan 8, angka 3 dengan 7 dan 4 dengan 6 tinggal lagi angka 5 yang tidak bergu kecuali dengan 5 jua.

Selain daripada itu pula, saya perhatikan 4,  3,  2,  1 (4 angka jua) jadi 10, 2,  3,  5 jadi 10 dan 2,  4,  5,  8,  jadi 10 iaitu 2+8= 10, 4+6=10, syarat yang besar ialah seorang itu cukup didalam Ilmu Hisab (kira-kira)

Diingatkan pula jua iaitu tiap-tiap jumlah besar di dalam buku daftar ahli (yuran) atau daftar buku daftar pinjaman itu hendaklah bersetuju dengan jumlah bulanan didalam Buku Wang Tunai “Cash Book” dan jika angka jumlah itu tidak bersetuju adalah bermakna kira-kira itu tidak betul dan hendaklah disemak untuk dibetulkan di mana-mana yang tersilap.
     
      Selepas ditulis semua angka bayaran di dalam buku daftar ahli-ahli (yuran) dan daftar pinjaman seeloknya diselidik (check) lebih dahulu sebelum dijumlahkan dan ini tidaklah payah sangat sebagaimana memasukkan satu persatu dan akan memberi keyakinan dan puas hati yang kesemuanya telah dimasukkan dengan betul.

Buku-buku daftar ahli (yuran) dan pinjaman Syarikat Kerjasama adalah diperbuat bagi tiap-tiap masa 6 bulan.  Yang saya maksudkan ialah buku-buku itu dijumlahkan serta dibawa ke hadapan tiap-tiap 6 bulan sekali di awal bulan Januari (ditutup hingga 31 Disember) dan Julai (ditutup hingga 30 Jun).

      Untuk mengira jumlah yuran atau ansuran pinjaman bagi tiap-tiap satu ahli itu tidaklah susah kerana biasanya atau kebanykkannya tidak berubah tiap-tiap bulan.  Misalnya, seorang ahli beryuran $3.00 sebulan, maka jumlah bagi 6 bulan ialah $30.00.  Demikian jua jika seorang ahli mengansur hutannya $15.00 pada sebulan, maka jumlahnya bagi 6 bulan ialah $90.00.  Tetapi adalah berbeza bagi tiap-tiap bulan bagi mengira jumlah faedah diatas.  Wang pinjaman keadaan ini adalah berbeza tiap-tiap bulan oleh kerana wang faedah pada masa itu dikenakan sebanyak 1% sebulan di atas baki hutang yang tinggal atau berbaki sebagaimana yang saya telah sebutkan.  Di sini pula, saya telah dapat membuat fatwa (formula) saya sendiri yang boleh membuat hitungan jumlah itu dengan congak saja saya dapat membuat fatwa ini selepas saya memerhatikan jumlah angka 1 hingga 9 jua jadinya sebanyak 45 seperti berikut:-

1,  2,  3,  4,  5,  6,  7,  8,  9  = 45 atau

_______________________________________________________________
Jumlah                           Jumlah                                                         Jumlah 
______________________________________________________________

1                                        1                                              1
2        = 3                               2/2  x  3                       = 3       2     +    1  =  3
3        = 6                               3     x   4/2     =  3 x 2  = 6       3     +    3  =  6
4        = 10                             4/2  x   5        =  2 x 5  = 10     4     +    6  = 10
5        = 15                             5     x   6/2     =  5 x 3 = 15      5     +  10  = 15
6        = 21                             6/2  x   7        =  3 x 7 = 21      6     +  15 = 21
7        = 28                             7     x    8/2    =  7 x 4 = 28      7     + 21  = 28                
8        = 36                             8/2  x    9       = 4 x 9 = 36       8     + 28= 36
9        = 45                             9     x    10/2  = 9 x 5 = 45       9     + 36 = 45



Di sini dapat diperhatikan dengan jelas iaitu angka terbesat sekali iaiyu 9 didarap dengan angka itu jua telah ditambah 1 jadi 10 dan dibahagi dua mana-mana angka yang boleh dibahagi dengan angka dua iaitu:-

9 x 10  =  90 \ 2 =  45 atau 10 / 2 x 9 = 45

Jumlah angka 1 hingga 10 ialah 55 iaitu :-

 10 /  2 x 11 = 5 x 11 = 55

Demikianlah seterusnya sebagaimana diterangkan di atas tadi.

Pada biasanya seorang ahli boleh meminjam dengan ansuran tidak lebih daripada 24 bulan untuk dijelaskan balik atau selesaikan satu-satu pinjaman.

Misalnya seorang ahli meminjam sebanyak $120.00 ia bayar kembali di dalam tempoh 24 bulan sebanyak $5.00 pada sebulan.  Untuk membuat congak jumlah yang saya telah sebutkan ialah sebagaimana berikut:-

Ansuran
Bulanan
Faedah
Ansuran
Bulanan
Faedah
Ansuran
Bulanan
Faedah
Ansuran
Bulanan
Faedah
1. 5.00
1.20
7.   5.00
.90
13. 5.00
.60
19. 5.00
.30
2. 5.00
1.15
8.   5.00
.85
14 .5.00
.55
20. 5.00
.25
3. 5.00
1.10
9.   5.00
.80
15. 5.00
.50
21. 5.00
.20
4. 5.00
1.05
10. 5.00
.75
16. 5.00
.45
22. 5.00
.15
5. 5.00
1.00
11. 5.00
.70
17. 5.00
.40
23. 5.00
.10
6. 5.00
  .95
12. 5.00
.65
18. 5.00
.35
24. 5.00
.05
  30.00
6.45
    30.00
4.65
    30.00
2.85
    30.00
1.05

            Sebagaimana diterangkan di atas, maka didapati wang faedah bagi enam bulan yang pertama ialah $6.45, bagi enam bula kedua $4.65, bagi enam bulan ketiga ialah $2.85 dan eanma bulan akhir ialah $1.05 berjumlah kesemuanya ialah $15.00 iaitu           24 / 2 x 25 = 300 x 5sen  = $15.00.

Kira-kira congak atau dengan kira yang ringkas yang saya sebutkan ialah seperti berikut:- Bagi 6 bulan yang pertama 24 bulan ialah:-

24 / 2 x 25 = 12 x 25 = 300

18 / 2 x 19 =  9 x 19 = 171 tolak belum bayar 18 bulan
                                              129 x 5 = $6.45

            Ansuran $5.00 sebulan atau satu peratus lima sen
            Bagi enam bulan yang kedua daripada baki 18 bulan ialah:-

            18 / 2 x 13 = 6 x 19 = 171

            12/2 x 13 = 6 x13 = 78     Tolak belum bayar
                                             93 x 5 = $ 4.65

            Bagi 6 bulan yang keyiga daripada baki 12 bulan ialah

            12 / 2 x 13 =  6 x 13           78
             6/2 x   7 = 3 x    7              21 Tutup belum bayar
                                           57   x 5  = $2.85

Bagi 6 bulan keempat atau yang akhirnya ialah:-

 6/2 x 7 = 3 x 7 =21 x5 = $1.05

Bermakna 129 ialah bagi yunit yang pertama = 93 yunit yang kedua = 57 yunit yang ketiga dan 21 yunit yang akhir dan didarab dengan 5 iaitu 1% daripada $5.00.  Demikianlah dibandingkan kepada yang lain mengikut berapa banyak ansuran pada sebulan bagi orang yang mahir dalam Ilmu Hisab maka bolehlah dihitung dengan congak saja.


bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA

No comments:

Post a Comment