Total Pageviews

Monday, 28 January 2013

PEMBAYARAN WANG KEUNTUNGAN (Dividen): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak;


PEMBAHAGIAN WANG KEUNTUNGAN (Dividen)

Bagi menyingkatkan masa dan mengurangkan tenaga maka cara pembayaran wang pembahagian untung (dividen) pun ikut cara yang saya buat dan Juru Audit Jabatan Syarikat pun nampaknya bersetuju.

Caranya ialah bagi mengadakan satu buku lejar besar dan khas bagi bayaran itu saja dengan diberi ruangan-ruangan seperti berikut:-

1.      Angka serial
2.      Angka atau bilangan ahli (mengikut daftar)
3.      Nama-nama (yang berhak menerima)
4.      Jumlah wang yurannya pada 30 Jun yang lalu
5.      Jumlah wang untung yang hendak dibayar (mengikut peratusnya)
6.      Tanda tangan penerima
7.      Tarikh dibayar

Mengikut tambahan peraturan Syarikat Kerjasama itu di masa itu, bayaran diperbuat  ialah di atas wang yuran pada 30 Jun yang lalu yang dibawa ke hadapan pada 1 Julai, ini bermakna ahli-ahli yang berhenti sebelum 1 Julai tidak dibayar wang pembahagian untung itu, dan dengan berbuat demikian, maka senanglah saja mendapat jumlah angka wang yang hendak dihitung dan dinyatakan didalam penyata tahunan.

Apabila hendak mula memperbuat bayaran itu sebagaimana persetujuan Mesyuarat Ulang Tahun maka sejumlah wang akan dikeluarkan.  Ahli-ahli yang menerima bayaran itu akan menandatangani di dalam buku lejer yang disediakan.  Dengan cara itu, tidaklah payah menyediakan baucer-baucer yang berasingan bagi masing-masing dan bayaran boleh diperbuat dengan lebih ringkas, segera dan tenaga yang kurang.
Wang keluaran yang pertama itu adalah sebagai satu IMPREST dan apabila wang itu sudah atau hampir habis, maka wang yang lain akan dikeluarkan sebanyak yang telah dibayar atau dikeluarkan tetapi untuk melaraskan dengan kehendak peraturan kewangan.  Maka wang mula dikeluarkan itu bolehlah dianggap sebagai wang pendahuluan.  Untuk sementara hendaklah atau moleklah disediakan satu buku kecil bagi ingatan tiap-tiap bayaran yang menunjukkan (1) haribulan bayaran (2) nombor ahli (3) nama ahli (4) banyak wang dibayar (bagi tiap-tiap ahli dan apabila hendak mengeluarkan lagi wang.  Apabila wang yang terdahulu sudah atau hampir habis, maka bayaran yang telah diperbuat sebagaimana buku rekod hendaklah dijumlahkan dan sebanyak itu dikeluarkan (recupment).  Bagaimanapun, pada akhir tahun (atau sebelum daripada itu), selepas bayaran telah selesai untuk menutup kira-kira itu hendaklah diperbuat ringkasan yang menunjukkan misalnya

1.      Jumlah kesemua wang pembahagian untung (dividend)
Sebagaimana daftar                                                             $1,000.00  
2.      Tolak wang pembahagian untung dijadikan yuran
Transferred to Sub : A/C                                                                $  200.00
3.      Wang yang dibayar kepada ahli                                                       $  800.00
Bayaran mengikut baucher 1/60                                                      $  200.00
                  ”                         2/60                                                   $  167.00
                  ”                         3/60                                                   $  200.00
                  ”                         4/60                                                   $  133.00
                  ”                         5/60                                                   $  240.00
                                            940
Bayaran dikembalikan balik
(Refund)                               140
Jumlah dibayar                      800



Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA

No comments:

Post a Comment