Total Pageviews

Monday, 21 January 2013

PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK DAN KELUARGA (Sambungan 4): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak;


Saya telah sebutkan iaitu saya telah dapat menyiapkan kira-kira wang tahunan sebegitu cepat pada hari awal di buka pejabat di awal tahun itu bagi kira-kira tahunan yang baru lepas dan jua menyiapkan rangka penyata tahunan di dalam minggu yang pertama di awal tahun.

Saya dapat buat demikian dengan kerja keras hingga larut malam (pukul 2 pagi) di dalam cuti Krismas dan cuti hari kelepasan bagi tahun baru yang berikut jika hari cuti hari kelepasan bagi tahun baru yang berikutnya jika hari cuti itu bersambung dengan hari Sabtu dan Ahad.  Atau hari cuti yang lain jika hari-hari cuti itu bersambung dengan hari-hari yang tersebut maka terpaksalah saya meminta cuti satu hari pada 2 Januari untuk meyiapkan kira-kira itu.

Selepas ketetapan dan persetujuan Mesyuarat Agung pula maka dengan serta merta dipanjangkan persetujuan itu untuk persetujuan Tuan Pendaftar Syarikat-syarikat Tanah Melayu Yang Bersekutu.  Pada lazimnya pembayaran itu diperbuat selepas kira-kira wang tahunan disahkan oleh Juru Audit Jabatan Syarikat Kerjasama tetapi selama saya memegang jawatan Bendahari maka tuan itu biasa bermurah hati membenarkan pembayaran yang dipersetujukan di dalam Mesyuarat Agung Ulang Tahun itu dibayar serta-merta sebelum disahkan oleh Juru Audit pejabat dengan syarat Jawatankuasa Syarikat bertanggungjawab.

Nampaknya pula cara-cara menyimpan kira-kira wang yang berlainan sedikit sebagaimana yang saya jalankan dan kebenaran pembayaran-pembayaran itu dipersetujui oleh Jabatan Syarikat Kerjasama dan ini boleh jadi oleh kerana kira-kira yang saya siapkan itu biasanya didapati betul dan jua saya adalah seorang daripada kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Perbendaharaan Kerajaan.  Oleh itu, nampaknya mereka adalah menaruh kepercayaan kepada kira-kira wang yang saya sediakan.  Tambahan pula, kira-kira itu telah sebelum itu disahkan oleh Pemeriksa Dalam.

Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA

No comments:

Post a Comment