Mr. S.P. baru saja hendak bergerak lengor
maka terjadi satu peristiwa sebagaimana disebutkan di bawah ini.
Untuk maklumat Rumah Sakit Umum di masa
itu ialah di hadapan Sekolah Clifford Kuala Kangsar yang ada sekarang. Rumah Sakit Melayu ialah di mana Rumah Sakit Umum yang ada sekarang. Di masa itu kedua rumah sakit
berasingan. Rumah Sakit Perempuan pula
di tempat lain, di Basung.
Di tempat bangunan Sekolah Clifford yang
ada sekarang ialah terdiri rumah Penolong Pegawai Perubatan di masa itu
dipanggil Assistant Surgeon sekarang A.M.O.
Di sebelah-menyebelah rumah itu di sebelah jalan ke pekan Kuala Kangsar
ada dua buah rumah kecil dan di sebelah jalan ke Talang ada dua buah rumah
semacam itu juga. Yang bentuknya
semacam-macam rumah merpati iaitu bagi kerani-kerani dan dreser-dreser
(sekarang Hospital Assistant) Rumah Sakit Umum.
Rumah Penolong Pegawai Perubatan di masa itu diduduki oleh Doktor B.M.
Master. S.P. duduk di rumah hujung
sekali sebelah jalan ke Talang.
Rupa-rupanya
Mr. S.P. telah beransur-ansur bawa peti-peti susu cap junjung bagi Rumah Sakit
Melayu yang telah disebutkan itu ke rumahnya.
Pada waktu subuh satu pagi ia suruh dua orang pekerja pengangkut najis
(toty) membawa peti-peti susu itu – seorang satu peti untuk dihantar ke kedai
kopi di pekan Kuala Kangsar. Jalan yang
sunyi dan dekat daripada celah belakang rumah Doktor B.M. kerana jika ikut
jalanraya di sebelah hadapan rumah terang sangat dan jika ikut belakang
rumahnya pula di masa itu ialah bangsal-bangsal lembu-lembu penarik kereta
membawa najis Sanitary Board. Nasib
mreka yang malang
tatkala mereka berdua lalu di belakang rumah Doktor B.M. Kebetulan pula, doktor itu hendak ke tandas
buang air harus jadi doktor itu (dipandang kepada sikap beraninya) ada mengidap
penyakit selalu buang air. Apabila
mereka kedua terserempak dengan doktor itu dengan tidak disengaja, maka
masing-masing mereka terkejut dan campakkan peti-peti susu itu ke tanah. Apatah lagi, doktor itu pun sama terkejut dan
hendak tahu apa mereka lakukan dan ke mana mereka hendak pergi. Mereka keduapun ceritakan yang mereka disuruh
oleh Mr. S.P. membawa peti-peti itu untuk dihantar ke gerai kopi di pekan. Doktor itupun perintah mereka meninggalkan
peti-peti susu itu di situ kerana ia akan report ke doktor besar.
Apabila diketahui hal itu
oleh Mr. S.P., maka ia sudah macam cacing kepanasan, tidak tahu apa ia hendak
buat dan sementara itu, ia mencari fikiran yang patut ia perbuat untuk
menyelamatkan dirinya dan sesudahnya ia mengambil keputusan hendak bercakap
dengan doktor besar sebelum Doktor B.M. berjumpa doctor besar.
Doktor Besar Kuala Kangsar di
masa itu ialah Doktor R.D. yang masyhur keras orangnya. Bila ia sampai ke
rumah sakit pada jam 8.30 pagi itu, Mr. S.P. sudah menanti. Sambil ia
mengangkat tabik, ia bukakan pintu kereta motokar doktor besar itu. Ia
tanya ianya ada apa-apa hal. Mr. S.P. memberi ia tahu katanya “pada pagi
tadi di waktu saya menerima barang-barang makanan bagi hari itu di dapur, maka
datang Doktor B.M. hendak memeriksa setor saya. Saya minta ia nanti
sedikit kerana saya hendak menerima barang-barang makanan bagi hari itu dengan
sebab itu katanya saya kurang biadab dan hendak direportkannya saya kepada
tuan. Itulah saja ia bertabik sekali lagi.
bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA
No comments:
Post a Comment