Selepas perundingan dihari itu saya telah mengaku mengelolakan atau merundingkan perkara itu dengan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Perak (Raja Musa b. Raja Mahadi) dan pada besoknya jua selepas balik daripada Kuala Kangsar (hari Sabtu) saya terus berjumpa Allahyarham itu di pejabatnya dan ia terus membuat janji akan menguruskan perkara itu didalam masa enam bulan daripada masa itu kerana katanya ia baharu sahaja sampai ke pejabat itu - saya ______ dan terus menjawab iaitu perkara itu sudah pun terlambat dan sekiranya ia hendak mendapat pandangan yang baik daripada pegawai-pegawai dan kaki tangannya serta orang-orang lain maka ia hendaklah mengambil langkah dengan serta merta dan terus saya cadangkan perkara itu dimulakan pada besoknya (hari Ahad kelepasan) jua - ia terus minta saya uruskan sendiri perkara itu, tetapi saya menjawab yang saya tidak dapat membuat demikian kerana saya berkhidmat disatu jabatan yang sentiasa sebok dengan perkara-perkaranya sendiri, tetapi saya boleh berkerjasama dengan membawa apa-apa bahan daripada pejabat saya untuk menyokong permohonan yang akan dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan. Oleh yang demikian kami telah merancangkan dan merundingkan serta membuat laporan diatas perkara itu di rumahnya pada hari Ahad itu jua.
bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas
Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA
Catatan: Pada masa ini hari Sabtu adalah hari berkerja separuh hari
____ : Tak boleh baca