Maka sahut
Raja Chulan. Bahawa alam ini terlalu
banyak dan berbagai jenis manusia ada didalamnya.
Setelah
Raja Petrali mendengar ujar Raja Chulan itu maka terlalulah ajaib ia serta
mengucapkan Subha-nahu-wata’alla Al Malekul Jabar, maka dibawanya Raja Chulan
itu naik duduk diatas takhta kerajaan.
Adapun
Raja Petrali ada mempunyai seorang puteri ----------. Terlalu baik parasnya maka dikahwinkan
dengan Raja Chulan. Antara tiga tahun
lamanya, Raja Chulan duduk dengan Puteri ---------, maka dengan perkahwinan itu
baginda mendapat tiga orang putera.
Setelah baginda melihat ketiga puteranya itu maka baginda terlalu
masygul dan berfikir apakah kesudahannya puteranya itu duduk di bawah bumi ini
dan apkah daya untuk membawa mereka keluar.
Setelah baginda berfikir itu dengan takdir Allah yang
ampunya iradat dengan sekunyang-kunyang seketika itu datang Maharaja Jin
Asmagiah Pari mengadap baginda dan lalu dikenal baginda. Maka titah Raja Chulan apakah tujuan ia
kemari maka sembahnya kedatangan ialah kerana sudah lama tidak mengadap. Maka titah Raja Chulan jika demikian
hendaklah tuan hamba perbuatkan mahkota bagi anak hamba supaya menjadi tanda Iskandar
Dzulkarnain kepadanya kelak. Maka
berdatang sembah Maharaja Jin jika demikian mahkota yang di dalam
perbendaharaan Raja Zulkarnain Alaihi Salam sajalah hamba ambil maka sahut
baginda mana-mana bicaralah.
Maka Maharaja Jin pun bermohon lalu ghaib daripada
mata lalu diambil mahkota itu daripada dalam perbendaharaan Raja Sulaiman dan
dibawanya kepada Raja Chulan. Setelah
itu maka Maharaja Jin pun bermohon kembali.
Raja Chulanpun lalu mengadap Raja Petrali membawa mahkota itu serta
bertitah iaitu apabila anak-anak hamba ketika itu sudah besar hendaklah mereka
di hantar ke dunia supaya mahkota kerajaan Iskandar Dzulkarnain itu jangan
berkepupusan dan mahkota itu akan pemakainya.
Maka Raja Petralipun mengakulah.
Maka pada hari dan saat yang baik maka Raja Chulanpun
bermohon kepada Raja Petrali hendak kembali ke dunia. Maka bagindapun bertangisan-tangisan dengan
isteri baginda. Setelah itu Raja Petrali
menyuruh hamba-hambanya mengambil seekor kuda samburani jantan dan diberikannya
kepada Raja Chulan. Maka baginda itupun menunggang kuda dan kuda itupun membawa
Raja Chulan keluar daripada dalam laut.
Setelah Raja Chulan sampai ke tepi daratan, maka kuda samburani itupun
kembalilah semula ke dalam laut.
Diriwayatkan ada sebuah negeri tanah Andalas, Palembang namanya, dan Demang
Lebar Daun nama rajanya. Asalnya daripada anak-anak cucu Raja Sulan Muara
Tatang nama sungainya. Maka dahulu sungai
itu adalah sebatang sungai pula iaitu Melayu namnya. Dalam sungai itu ada satu bukit bernama Bukit
Seguntang dahulunya Gunung Mahameru.
Maka ada dua orang perempuan berladang Wan Empok
seorang namanya dan Wan Malini seorang namanya dan keduanya itu berhuma di
Bukit Seguntang terlalu luas humanya itu dan amat jadi padinya fan telah hampir
masak padi itu pula.
Sebermula maka tersebutlah pula kisah putera Raja
Chulan tiga bersaudara yang dipelihara oleh ninda mereka Raja Petrali. Setelah besar terlalu baik paras mereka dan
selalulah mereka bertanya siapa ayah mereka.
Sebagaimana pula ditanya oleh rakan-rakan sepermainan mereka yang
mengatakan pokok tebu pisang dan ubipun ada beribu, berbapa iaitu yang menanam
dan yang menghidupkan mereka.
Raja Petrali ninda mereka sesudahnya memberikan
mereka tahu iaitu ayahanda mereka ialah daripada anak-cucu Raja Iskandar
Dzulkarnain Pancar Raja Masyrik dan Maghrib dan adalah pesanan ayahanda mereka
apabila besar disuruhnya hantar ke dunia maka sekarang ini sudahlah sampai
masanya untuk mereka kembali ke dunia.
Setelah mereka mendengar kata-kata ninda mereka Raja
Petrali maka amatlah suka di hati mereka meminta berilah kami tahu jalan ke
dunia itu. Sebaliknya, pula apabila
didengar oleh bonda mereka amat masygul dan berdukacita kerana ianya tidak lalu
bercerai dengan mereka. Sudahlah
ayahanda mereka, suaminya meninggalkan mereka.
Tetapi sesudahnya bersetuju membenarkan seorang daripada mereka pergi
dahulu. Oleh itu, Raja Petrali pun
cucundanya yang tua sekali Sang Sapurba namanya dengan pakaian Diraja yang
bertatahkan mutu-manikam maka cucunda baginda itupun bermohonlah kepada ninda
dan bondanya serta dengan peluk-cium dan tangisan.
Maka baginda Raja Petrali pun menyediakan bagi
cucundanya itu sebagaimana Raja Chulan di masa dahulu dapat balik ke dunia
dengan menberikan cucundanya seekor kuda samburani jantan maka cucunda baginda
itu keluarlah dengan menunggang kuda itu.
Dengan takdir Allah Subha-nahu wata’ala yang maha kuasa terus ke Bukit
Seguntang pada waktu malam yang gelab gulita.
Putera Raja itu berasa takut dan dengan takdir Allah Subha-nahu wata’ala
jua dunia yang begitu gelab gulita jadi terang benderang.
Maka malam itu dipandang oleh Wang Empuk dan Wan
Malini dari rumahnya di atas Bukit Seguntang itu bernyala seperti api. Maka kata mereka berdua apa gerangannya yang
bernyala itu dan takut pula mereka melihatnya.
Maka kata Wan malini jangan kita ingar takut gemala naga besar
gerangannya maka mereka keduapun diamlah dengan ketakutan lalu tidur. Setelah hari siang maka Wan Empok dan Wan
Malinipun bangun daripada tidur dan terus hendak pergi melihat yang bernyala
semalam.
Maka keduanya terus naik ke Bukit Seguntang maka
dilihat mereka padi mereka berbuahkan emas berdaunkan perak dan berbatangkan
suasa. Meraka berdua terus
berjalan-jalan dan mereka jumpai seorang manusia lagi muda dan baik
parasnya. Maka Wan Empok dan Wan Malini
pun amat hairan tercengang serta dengan takjubnya mereka melihat rupa orang
muda itu dan mereka terus berfikir inilah gerangannya menyebabkan padi mereka
berbuah emas berdaun perak dan berbatangkan suasa
Maka Wan Empok dan Wan Malini pun bertanya kepada
orang muda itu siapakah ia dan dari mana ia datang, anak pari atau anak jin
kah? Ini kerana sudah beberapa lama mereka duduk di situ dan tidak pernah
seorangpun manusi datang ke situ.
Maka sahut
orang muda itu adapun nama dan bangsa hamba bukanlah daripada bangsa jin atau
pari, bangsa manusia berasal daripada anak-cucu Raja Iskandar Dzulkarnain nasab
Raja Nasrawan Adil anak Raja Kobat Sa’ir Raja Masyrik dan Maghrib. Maka kata Wan Empuk dan Wan Malini jikalau tuan
hamba daripada anak cucu Raja Isjandar Dzurkarnain apa sebabnya tuan hamba
kemari. Maka orang muda itu berceritalah
seperti cerita ayahnya kepada Raja Petrali dan ayahandanya Raja Chulan masuk ke
dalam laut dan peri duduk dengan bondanya berputrakan tiga bersaudara semuanya
dihikayatkan kepada Wan Empun dan Wan Malini.
Wan Empun
dan Wan Malini bertanya lagi, apa alamatnya seperti kata tuan hamba itu. Sahut orang muda itu tandanya oleh kerana
hamba jatuh ke mari maka padi bukit ini berbuahkan emas berdaunkan perak
berbatangkan suasa. Maka Wan Empun dan
Wan Malinipun percaya akan kata-kata orang muda itu, maka amatlah sukacita mereka
dan mereka bawa orang muda itu, anak raja itu ke rumah mereka. Maka padi mereka itupun dituai oleh Wan Empun
dan Wan Malini maka keduapun jadilah kaya raya.
bersambung
No comments:
Post a Comment