Surat
salasilah itu bukanlah dicap semacam buku tetapi ialah dengan tulisan tangan
diatas kertas tebal dan panjang serta digulung daripada atas kebawah dengan
khat orang-orang dahulu kala dengan memakai huruf Arab yang tidak memakai
huruf-huruf ca,pa,nga,ga dan nya. Oleh itu adalah amat
sukar bagi orang-orang sekarang mengeja dan mengertinya misalnya ba lam hamzah bermakna atau bererti bagi, kaf nun dal qaf (kondek) bermakna atau
bererti gundik dan lain-lain lagi tetapi iapun dapat juga diertikan atau
difahamkan. Adapun ayat-ayat yang lain
yang amat susah ataupun dapat dapat difahamkan dengan jelas misalnya kaf nun ta nga. Ini boleh diertikan (1) kentang (ubi) (2) gantang (sukatan) (3)
gunting (pemotong kain) (4) gentung atau (5) genting. Oleh itu yang berbunyi kaf nun ta nga ta ro kaf nun ta nga apa benda sebenarnya yang
terkandung adakah kentang, gantang atau gunting.
Malangnya sejarah atau riwayat yang diturunkan
oleh orang-orang dahulu kala tidak menyebut tarikh atau zaman perkara yang
diriwayatkan itu berlaku sekurang-kurangnya abad yang mana ia terjadi oleh itu
tidaklah dapat membandingkan dengan buku-buku tawarikh yang bercap sekiranya
benar berlaku misalnya di dalam salasilah ini yang menceritakan benua keling
(India) dan benua China pada masa dahulu diperintah oleh bangsa-bangsa
asing. Ini pernah berlaku didalam
tawarikh yang begitu lama tiap-tiap negeri telah pernah dijajah.
Misalnya lagi India
beberapa lama telah pernah diperintah oleh pemerentah Monghul iaitu rajanya di
antaranya ialah Akhbar, Jihankyu, Shah Jahan dan lain-lain dan negeri China
pula diperentah oleh pemerentah negeri lain seperti Genghis Khan, Kublai Khan
dan lain-lain didalam abad keduabelas dan ketigabelas masehi.
Salasilah ini banyak berbeza dan kalanya
bertentangan dengan hal cerita-cerita orang tua-tua kita sebagaimana yang
tercatit di dalam buku Sejarah Melayu yang dikarang oleh Tun Seri Lanang yang
harus jadi daripada keluarga yang sama tetapi tidak diketahui daripada mana
terbitnya atau daripada mana pula ambilnya Tun Seri Lanang mendapat riwayat itu
bagaimanapun jika diperhatikan buku Sejarah Melayu yang dikumpulkan oleh Tuan
W.G. Shallabeza dengan buku yang sama yang dikumpulkan oleh Tuan R.O. Winstedt
amat berbeza sungguhpun kedua-duanya adalah dikatakan dikarang oleh pengarang
yang sama.
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri
bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA
Nota: Para satu mungkin ada kesilapan dalam menukar ejaan kerumi
No comments:
Post a Comment