Sambil mengingat riwayat itu, maka saya teringatlah pula satu cerita yang saya baca di dalam buku bernama “Haraps New Dramatic Reader”, buku tebal karangan A.E.M. Bailis di bawah tajuk lebih baik daripada itu “Better than that” yang mengisahkan kejadian di antara seorang pemuda askar dengan Maharaja Frank Joseph di negeri Austria.
Pada satu petang di musim buah di jalanraya berapa batu jauhnya daripada bandar, cuaca sudah mula hendak turun hujan dan maharaja itu yang sendiri memandu kereta buginya turun daripada keretanya kerana hendak memasang atap (hood) keretanya. Apabila ia hendak balik menaiki keretanya, seorang pemuda askar menemuinya:-
Kata askar muda - Maafkan saya tuan, tetapi rasa saya barangkali tuan
boleh beri saya menumpang. Pakaian saya ini baru
dan saya takut rosak
Maharaja - Tentu, masuklah
Askar - Terima kasih banyak. Iapun naik masuk dan duduk di
sebelah Maharaja
Maharaja - Apa yang membawa awak (apa sebab) datang jauh
ke sini daripada bandar?
Askar - Saya datang melawat kawan lama saya dan sekarang
saya di dalam perjalanan balik.
Maharaja - Sambil memecut kudanya – Dan bagaimana awak
disambutnya, seronokkah?
Askar - Oh! Amat seronok rasanya. Ia beri saya makan yang
masyhur, saya boleh katakan kepada tuan.
Maharaja - (Geli hati) Ha – apa agaknya?
Askar - Teka
Maharaja - Sup sayur kobis – barangkali.
Askar - Dengan ejek-ejek. Sup, sebenarnya lebih baik
daripada itu.
Tuan mesti teka sekali lagi.
Maharaja - Kepala anak lembu begitu?
Askar - Lebih baik daripada itu lagi.
Maharaja - Sepotong daging kering?
Askar - Lebih baik daripada itu lagi. Saya diberinya makan
daging panggang merpati yang saya sendiri tembak di kebun maharaja kerana kawan saya itu sekarang ialah penjaga kebun dan binatang-binatang ternak itu cukup sedap dan tiada syak lagi.
Maharaja - Saya boleh percaya cakap tuan.
Askar - Hujan nampaknya sudah berhenti. Jika tuan boleh
Berhentikan kereta, saya akan turun dan saya sendiri
berjalan pulang
Maharaja - Oh! Tidak. Saya suka hantar awak pulang.
Askar - Tuan cukup baik orangnya
Maharaja - Tidak sekali – saya suka dapat berkawan dengan awak
Hingga kita sampai ke bandar.
Askar - Terima kasih banyak, tuan. Bolehkah saya bertanya
nama tuan, saya suka mendapat tahu siapakah
orangnya yang begitu baik kepada saya
Maharaja - Ah sekarang giliran awak pula meneka siapakah orangnya
saya ini.
Askar - Barangkali tuan ada hubungan dengan tentera?
Maharaja mengangguk kepalanya. Tuan askar prebet
Maharaja - Tersenyum. Lebih baik daripada itu.
(batter than that)
Askar - Lerftenan agaknya?
Maharaja - Lebih baik daripada itu
Askar - Mula merasa takut. Konel?
Maharaja - Lebih baik daripada itu – Percayalah kepada saya
Askar - Dengan ketakutan. Barangkali tuan seorang Jeneral?
Maharaja - Mengelingkan kepalanya – Tidak!
Askar - Dengan keluh-kesah. Seorang Kepala Perang (Field
Marshal)
Maharaja - Lebih baik daripada itu
Askar - Dengan lebih keluh-kesah dan ketakutan. Jika begitu,
tuan tentulah Duli Yang Maha Mulia Maharaja sendiri?
Sambil ia cuba terjun daripada kereta bugi tetapi
Maharaja meghalang ianya
Maharaja - Sekarang akan penuhkan perjanjian saya. Saya akan
hantar awak pulang.
Askar - Tetapi, Tuanku.....
Maharaja - Sementara itu, saya akan beri awak sedikit nasihat
yang bagus dan harap awak tidak akan lupakan.
Pertamanya jaga baik-baik di masa hadapan jangan
bunuh merpati sebelum mendapat kebenaran tuannya.
Askar - Maafkan patek.....
Maharaja - Memberi isyarat dengan tangan jangan diganggu ia
bercakap. Dan kedua, jaga jangan bawa cerita atau
cerita kesah kawan-kawan kamu kepada sesiapa jua
orang yang tidak kamu kenal yang kamu baru jumpa
dengannya pada kali pertama
Askar - Patek akan tidak lupakan sama sekali Tuanku.
Maharaja - Bagus, kita akan lihat awak seorang konel di masa
hadapan
bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA
No comments:
Post a Comment