Total Pageviews

Monday 30 May 2016

MENENTUKAN JAWATAN YANG SAYA AKAN JALANKAN (Sambungan 3): Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:

     Engku Yang DiPertua telah bermurah hati dan dengan serta merta telah memanggil sekelian khadi wilayah diseluruh negeri Perak untuk datang ke Ibu Pejabat Hal Ehwal Ugama Perak di Ipoh pada satu hari yang ditetapkan untuk ia menerangkan pendirian saya dan lain-lain. Perjumpaan ini telah diadakan di bilik mahkamah di ibu pejabat itu. Pada hari yang ditetapkan dan dihadiri oleh tuan-tuan khadi wilayah seluruh negeri Perak dan pegawai-pegawai tertinggi dan kaki tangan di ibu pejabat.
     Engku Yang DiPertua telah menerangkan dengan jelas serta dengan menggunakan rajah-rajah dipapan hitam yang menunjukkan sekelian perkara yang ia patut terangkan diantara tugas-tugas Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Perak serta pegawai-pegawai dan kaki-kaki tangan yang dibawah arahannya dan tugas-tugas saya dan jua kaki tangan yang tertakluk dibawah saya. Dengan ringkas ia menerangkan ia-itu tugas saya ialah untuk mengelolakan kutipan-kutipan dibawah Jadual 112(3) perjanjian Federation of Malaya Agreement 1948. Dimasa itu jua Engku Yang DiPertua itu telah menerangkan serta mengarahkan pertamanya khadi-khadi wilayah masing-masing diatas langkah-langkah yang hendak diambil dengan serta merta kerana masa itu jua hendak mula menjalankan kutipan fitrah selain daripada baitulmal dan kawalan wakaf-wakaf dan ditahun yang kehadapan (1953) pula ditambah lagi kutipan zakat.

 

bersambung

 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

Entry - 232

No comments:

Post a Comment