Total Pageviews

Monday 9 May 2016

MENENTUKAN JAWATAN YANG SAYA AKAN JALANKAN: Riwayat Hidup Seorang Anak Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak:

     Pada pagi saya merepotkan diri atau dengan tegasnya pada hari saya untuk mula bekerja di Jabatan Ugama pada 5.9.1952 itu, Engku Yang DiPertua Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Perak (Allahyarham Raja Musa bin Raja Mahadi) telah rundingkan menerusi telefon dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak dimasa itu untuk menentukan apa jawatan bagi saya yang berpadan dengan gaji dan elaun yang akan dibayar kepada saya mengikut peraturan kerajaann dan dimasa itu saya ada bersama-sama dengan Engku Yang DiPertua. Yang Amat Berhormat berkata saya patut diberi jawatan sebagai Controller of Religious Funds. Saya sendiri dengar Engku Yang DiPertuan itu menjawab sekiranya saya diberi jawatan itu, seolah-olah ia telah tertinggal kebelakang dan tidak lagi mengetuai cawangan yang akan ditubuhkan itu dan saya pun terus menyatakan hasrat saya iaitu saya tidak sanggup menerimanya.  

bersambung

 Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri 
HAK CIPTA TERPELIHARA


Catatan:

Entry - 229

No comments:

Post a Comment