Oleh kerana tidak ada apa barang-barang yang di tinggal yang hendak dikumpulkan, maka kami dua beranak telah duduk bertenggung diatas lantai bilek tengah sambil mengenangkan nasib malang kami dan orang yang melalui peperangan dimasa itu. Ayah saya telah mula merungut dan telah terjadi satu riwayat yang lebih kurang seperti berikut:-
Ayah saya berkata: "Engkoma (Kamuma) selepas ini tidak akan naik lagi kerana sudah sumpah nenek moyang kita dahulu Tok Tongsa yang anak cucu dan zuriatnya sebagaimana nasibnya supaya tidak jadi kaya sebagaimana ia-nya sekadar makan pagi petang saja dan engkoma semua dimasa yang baharu lepas dikurnia Tuhan sudah cukup mewah dan dan berbahagia."
Saya jawab - Ayah ialah ayah saya dan cakap ayah itu sudah jadi doa atau sumpah kepada kami adik beradik - saya tahu daripada syarahan alim ulama ia-itu doa tiga orang tidak ditolak oleh Tuhan sekadar ada kala ditangguhkam pada menunaikan doa orang itu, satu daripadanya ialah doa ibu-bapa bagi anaknya - elokkah doa ayah itu kepada kami anak-anak ayah - saya tidaklah tahu siapa Tok Tongsa itu yang telah bersumpah sebagaimana ayah sebutkan itu, lagi pun harus telah berkurun-kurun lamanya dan jua telah berapa lapis keturunan telah jadi harus telah lepas sumpahnya dan sekarang ini ayah pula buat semula keatas anak-anak ayah, yang kedua orang yang teraniaya, orang yang menganiaya harus lalu tidur lenyak tetapi yang terkena aniaya ia tidak tidak lalu tidor dan ditengah malam ia terkenang akan nasibnya kena aniaya itu dan ia terkenang itu sudah jadi doa kepada Tuhan. Sebelum saya menghabiskan percakapan saya itu saya lihat ayah saya telah terjatuh hiba dan saya berasa menyesal dan jatuh pula air mata saya sendiri.
Ayah saya meneruskan katanya - Aku tidak berniat begitu dan sambil air matanya jatuh ia mengangkat dua tangannya dan terus mendoakan sekelian anak-anak cucu dan zuriat akan aman makmur dan berbahagia kesemua dengan kaya raya, maju jaya dan aman sentosa.
bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA
HAK CIPTA TERPELIHARA
Catatan:
Maklumat daripada salasilah yang telah dapat dikumpulkan,
Mohd Yaakob bin Ngah Abas bin Kulop Seman bin Orang Kaya Besar Tok Tongsa Panjang Ismail
No comments:
Post a Comment