Dengan itu masing-masing turun ke tanah dan terus ke luar pagar
kawasan rumah. Tok Ketua Uda Baharum memberi tahu orang-orang Cina itu jangan gaduh
dan ia akan muafakatkan perkara itu, dengan itu pun orang Cina itu pergi
daripada situ.
Pada sangkaan masing-masing perkara itu tamatlah disitu atau untuk sementara waktu, tetapi dengan tidak semena-mena atau tidak
disangka-sangka telah kedengaran khabar yang dibawa oleh orang sebelah hilir kampung
iaitu orang-orang Cina disebelah Pasir Kubu dikatakan telah berkumpul hendak
menyerang Lambor Kiri dan semakin matahari naik tinggi pada 3.1.1942 dikatakan
mereka telah berkumpul di Lambor Kanan bersama-sama dengan orang-orang Cina
daripada Padang Changkat dan daripada tempat-tempat disebelah darat Lambor
Kanan telah siapa sedia hendak menyeberang sungai untuk menyerang orang Lambor
Kiri. Maka pada masa itu orang-orang Melayu Lambor Kiri telah gelisah tidak
tahu apa hendak diperbuat. Maka bernasib baiklah ada seorang yang lebih pintar
dan lebih ikhtiarnya daripada orang-orang lain iaitu Haji Abdul Aziz bin Abdul
Salam, maka dengan perangsang daripadanya mereka yang laki-laki semua kalau ada
dengan apa jua jenis senjata, senapang, bagi siapa yang ada menaruhnya keris,
lembing, kapak dan apa-apa jua yang ada serta keluar beramai-ramai untuk
menentang musuh yang telah ternyatanya di seberang sungai dengan ternampak
mereka beramai ke hulu dan kehilir.
bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA
HAK CIPTA TERPELIHARA
No comments:
Post a Comment