Sebagaimana yang saya telah sebutkan kami
terpaksa bekerja pula dimasa itu daripada pagi hingga petang. Oleh itu tidak
ada masa untuk dapat saya membuat apa-apa persiapan atau mengambil langkah
untuk menyelamatkan diri dan barang-barang kepunyaan saya seperti perkakas
rumah dan lain-lain, selain daripada itu pula saudara mara dan
keluarga-keluarga saya pula yang berkhidmat ditempat-tempat lain, sama ada di
jabatan kerajaan dan lain-lain pula datang membawa harta benda dan perkakas
mereka untuk disimpan sementara di rumah saya semasa didalam peperangan itu,
di rumah saya yang letaknya di tepi pantai Sungai Perak di Jalan Mahkamah (Court
House Road) Telon Anson berdekatan dengan dan berhampiran dengan kediaman tuan
Pegawai Jajahan.
bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA
No comments:
Post a Comment