Oleh kerana belum pernah
berlaku peperangan di negeri ini semenjak saya dilahirkan maka tidaklah kami
ketahui apa langkah yang patut diambil untuk menghadapi sebarang kemungkinan,
tambahan pula kami berfikir negeri adalah bernaung saja di bawah panji-panji
pemerintahan kerajaan Inggeris bukan takluknya, oleh itu kami juga berfikir
iaitu negeri ini tidak jadi musuh kepada mana-mana kerajaan yang memerangi kerajaan
Inggeris ------- atau sekurang-kurangnya kerajaan Inggeris yang termegah
mempunyai kerajaan yang matahari tidak
pernah jatuh atau cukup kekuatan untuk menawani negeri-negeri dibawah
naungannya.
Dimasa peperangan itu mula
berlaku pada 8.12.1941 anak saya yang tua sekali Mohamed Shamsudin (sekarang
Dato) ada mengaji di Raffles College Singapura (dibawah takluk Inggeris)
selepas bandar itu dijatuhkan bom oleh pihak tentera pada awal peperangan itu
maka telah terdengar khabar menerusi akhbar dan radio iaitu beberapa orang
budak yang sama mengaji dengan anak saya
itu ------------------------------------letupan bom dan tiga orang daripadanya
termasuk seorang anak kepada Incik Muhammad Yusof pegawai perumahan pejabat
Bandaran Telok Anson telah terbunuh . Pelajar-pelajar yang lain melarikan diri
kesana sini dan oleh kerana perjalanan kereta api Tanah Melayu telah terputus maka
mereka tidak dapat balik pulang terus ketempat
masing-masing oleh yang demikian mungkin tidaklah dapat apa-apa
perkhabaran daripada anak saya itu sehingga beberapa hari terkemudian ia sampai
ke rumah kami di Telok Anson diwaktu malam dalam masa gelab gulita oleh kerana
masa berkurung telah dikuatkuasa dan orang-orang ramai dilarang keras memasang lampu
pelita diwaktu malam di rumah masing-masing dan pelita di jalan raya tidak
dipasang lagi.
bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA
Catatan: Tanda ------------- adalah bagi perkataan yang tidak dapat dibaca dan akan dimasukkan sekiranya dapat dibaca kelak
No comments:
Post a Comment