Pada masa
yang akhir ini difahamkan telur-telur tuntung di Pasir Telur dan ikan-ikan
lumba di Air Mati tidak lagi begitu meriah sebagaimana di masa dahulu. Ini boleh jadi disebabkan Pasir Teluk yang di
masa dahulu bagitu luas dan lapang maka di masa ini dinaiki oleh pokok kayu-kayan. Pasir itu tidak pula bertambah oleh itu tinggal
sedikit sangat tempat yang ada lagi lapang untuk tempat ibu-ibu tuntung itu
bertelur, oleh itu sekarang ini susah sangat mendapat telur itu untuk dimakan
apatah lagi hendak mengadakan temasya di situ sebagai mana di zaman
dahulu.
Diriwayatkan
satu peristiwa yang telah berlaku di Pasir Teluk pada satu malam lebih kurang
70 tahun yang lalu di waktu dini hari semasa penjaga Pasir Teluk tertidur. Maka dua orang pencuri telah datang hendak
mencuri telur tuntung. Kebetulah di masa
itu ada seekor ibu tuntung yang besar sedang bertelur. Adatnya ibu-ibu tuntung semasa mengeluarkan
telurnya tidak perdulikan sesiapa atau apa-apa pun hingga selesai mereka
bertelur baharu mereka hendak lari.
Seorang daripada pencuri itu telah pergi memungut telur-telur yang telah
keluar serta terus menyeluk ke dalam rongga punggung ibu tuntung itu yang
sedang ternganga untuk mengambil telur-telur daripada dalam perut, atau
punggung ibu tuntung yang sedang bertelur itu.
Setelah habis telur maka punggung ibu tuntung balik tertutup dan tangan
pencuri terlekat di dalam lubang punggung ibu tuntung itu dan terus ditarik
oleh ibu tuntung itu ke dalam sungai yang pencuri itu tidak berupaya sama
sekali manahankan oleh sebab sangat kuat tarikan tuntung itu. Aapabila mereka kedua hampir tenggelam
barulah datang fikiran pencuri itu hendak menyelamatkan dirinya daripada mati
lemas dengan ia menerajang kakinya dengan sekuat-kuat hati ke punggung tuntung
itu dan dengan itu iapun terselamat.
Sebaliknya
pula kawannya yang tercegat tunggul di atas pasir di atas tebing usahkan
hendak menolong dalam kejadian itu tetapi ia berdekah-dekah gelak-ketawa yang
amat sangat kerana suka sangat melihat keadaan yang ganjil yang terjadi ke atas
kawannya itu sambil ia berkata, “rasakan kamu hakap sangat tak sabar”. Rupanya oleh sangat amat gembira ia terus
mati terdiri di situ. Demikianlah halnya
kudrat iradat dan takdir tuhan azzawajalla keatas hambanya yang di dalam
merbahaya dapat terselamat dan yang tidak ada apa-apa merbahaya pula menerima
ajal kerana sudah sampai masanya. Samada
cerita ini benar atau tidak, maka tidaklah diketahui tetapi bolehlah dijadikan
beberapa pelajaran atau pengajaran daripadanya.
bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas
Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA
No comments:
Post a Comment