Mereka
telah pergi menjemput Raja Mudzafar dan perangkatan tiba kenaikkan Raja
Muzaffar telah disambut dengan meriah oleh orang Perak setiba di Beting Beras
Basah di Kuala Sungai Perak. Perangkatan
itu mudik melalui Sungai Perak yang semasa itu
iaitu hampir 500 tahun dahulu keadaan Sungai Perak belumlah begitu luas
sebagaimana sekarang kerana ada tempat-tempat yang genting di mana tebing Sungai
Perak lagi bertaup oleh pokok-pokok rotan daripada satu pohon ke satu pohon
yang lain merentang sungai yang terpaksa dipotong lebih dahulu baru boleh lepas
mudik.
Perangkatan
itu mudik ke hulu seberapa yang boleh hingga sampai ke satu tempat di atas
tebing sungai di mana didapati atau dijumpai mayat seorang pemuda dengan pemuda
yang lain sedang menangis disisinya dan di tempat itu tidak ada orang duduk di
situ.
Setelah
melihat keadaan itu, maka Raja Muzaffar serta pengiring-pengiringnya dan
orang-orang yang bersama langsung singgah di situ dan Raja Mudzaffar Shah lalu
bertanya kepada pemuda yang menangis bagaimana kejadian itu berlaku dan orang
muda itu menceritakan lebih kurang seperti berikut:-
Mereka
berdua adalah adik-beradik. Mereka mudik
dengan sampan pada hari itu dan singgah di situ di mana mereka berjumpa dengan
serumpun buluh yang adiknya tidak tahu nama buluh itu. Adiknya bertanya Abang:-
Adik
– “Apa nama buluh itu Abang?”
Abang Menjawab – “Buluh apa Adik.”
Adik bertanya lagi – “Buluh apa ini abang.”
Abang
menjawab – “Buluh apalah adik.”
Tidak juga mengerti adiknya, lalu ia
bertanya lagi.
Adik
bertanya - “ Buluh ini apa namanya abang.”
Abang
menjawab – “Buluh apa adik,”
Demikianlah mereka kedua adik-beradik bersoal-jawab
dan diakhirnya adik memikirkan yang abangnya itu mengolok-olokkan adiknya lalu
ia meradang atau marah yamg amat sangat serta ditikamnya abangnya terus mati.
bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas
Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA
No comments:
Post a Comment