Sebelum
Sultan Mahmud Shah mangkat maka Raja Mudzaffar Shah sepatutnya diura-urakan
menjadi bakal menggantikan ayahandanya Sultan Mahmud Shah yang pertama, tetapi
diakhirnya pula dimasa itu baginda itulah beroleh pula seorang putera lelaki
yang ketiga dengan isterinya Tun Fatimah, Raja Ali namanya. Maka dengan desakan atau kehendak Tun Fatimah
maka Raja Ali pula dilantik jadi bakal Sultan bergelar Sultan Muda.
Berkenaan
dengan Raja Mudzaffar pula iaitu kekanda yang tua kepada Raja Ali beberapa
riwayat pula telah timbul diantaranya ialah apabila Raja Ali telah dilantik
sebagai bakal raja maka ia telah merajuk dan ada pula meriwayatkan iaitu ia
telah terhalau ketika di Kampar iaitu selepas mangkat ayahandanya Sultan Mahmud
Shah. Oleh itu ia telah meninggalkan
negeri dan kampung halaman tetapi banyak pula meriwayatkan iaitu perkara yang
berlaku ke atas Raja Mudzaffar itu telah sampai kepada pengetahuan Tun Khamis
yang di masa iaitu sebagai pembesar dan pemerintah negeri Perak. Ia telah teringat janji-janji dan sumpah
setia diantara ayahnya Bahta dengan Sang Sepurba ninda mereka Raj Petrali iaitu
di antara lain anak-cucu Bahta tidak boleh durhaka kepada anak-cucu Sang
Sepurba atau juga sebaliknya dan di masa itu sebagai saudara yang tua sekali
maka telah terlintas di hatinya iaitu dengan keadaan atau pendirian sebagai seorang
pembesar dan pemerintah negeri Perak sementara itu Raja Mudzaffar seolah
menjadi merana, adakah itu satu perkara derhaka sebagaimana sumpah setia
bapanya. Oleh itu, ia telah memikirkan
tertanggung ke atas bahunya bagi mentabalkan Raja Mudzaffar sebagai Raja
Pemerintah dan ia taat kepadanya. Dengan
hal yang demikian, maka ia telah bermesyuarat dengan orang-orang pengikutnya
dan mereka bersetuju menjemput dan membawa Raja Mudzaffar masuk ke Perak untuk
ditabalkan sebagai Sultan yang pertama bagi negeri Perak dan teluk rantaunya.
bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas
Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA
No comments:
Post a Comment