(5). Seorang
lagi yang lain namanya Alang Karim bin Dimin demikian jua ia bukannya orang daripada
negeri lain tetapi daripada jajahan ini jua di Mukim Lambor Kiri daripada
Kampung Bagung namanya yang telah berkahwin di Lambor Kiri dan mininggal
anak-cucu di situ. Sungguhpun
begitu, ia ada mempunyai dua pengetahuan yang luar biasa.
(a)
Ia boleh berjalan kaki amat cepat dan
pantas. Jika diperhatikan, ia berjalan nampaknya
singkat tetapi cepat dan pantas sebagaimana Sintaro didalam cerita atau lakunan
Samurai cerita Jepun di dalam televisyen.
Pada satu masa
kira-kira lebih daripada 60 tahun dahulu ia diupah oleh satu keluarga di Lambor
Kiri untuk pergi ke Jerlun atau Manong, Kuala Kangsar (saya kurang ingat) untuk menyampaikan perkhabaran satu kematian
kepada seorang waris simati yang telah berhijrah ke sana kerana di masa itu
adatnya mayat seorang yang mati tidak dikebumikan hingga waris-warisnya tiba
untuk perjumpaan yang akhir. Di masa,
belum ada jalan enam kaki atau jalanraya terus menerus. Ia terpaksa berjalan kaki meredah kampong dan
hutan belantara di setengah tempat di jalan.
Ia bertolak pada pagi hari di antara pukul 5 dan 6 pagi dan balik
daripada sana
pada jam 2 tengah-hari itu selepas berjumpa dengan orang itu dan membawa
perkhabaran atau pesanan daripada waris simati itu meminta nanti hingga pukul 6
petang dan jika ia tidak sampai hingga masa itu bolehlah ditanam mayat saudaranya
itu. Sebetulnya, orang itu dengan
gopoh-gapah telah sampai sebelum itu.
Bagaimana ia boleh pergi dan balik sebegitu jauh di dalam masa beberapa
jam saja dengan berjalan kaki adalah menghairankan.
Diceritakan ia boleh berjalan begitu cepat
dan pantas sehingga apabila hendak berhenti dicarinya tempat yang tidak ada
orang lain di tempat yang ada pokok (junjur??) di tepi jalan itu untuk ia
bertahan ke pokok kayu itu bila ia hendak berhenti. Tidaklah diketahui bagaimana ia boleh
berjalan begitu cepat samada ia memakai ilmu atau dengan cara berlatih dirinya.
bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA
Catatan: Minggu ini dua entri, bersama dengan yang sebelum entri ini.
No comments:
Post a Comment