(b) Satu lagi pengetahuan yang luar biasa ialah ia
amat pandai mengail ikan sungai iaitu, di dalam sedikit masa saja ia boleh
mengail banyak ikan. Ikan yang
dikailnya itu biasanya ialah satu macam atau jenis ikan saja iaitu ikan baung
yang amat lemak dan sedap digulai dengan tempoyak atau dipanggang. Ikan-ikan ini biasanya berhimpun didalam satu
lubuk. Mata kailnya tidak tenggelam jauh
ke bawah air sebab diikatkannya kepada ???? yang lebih kecil daripada
tuntung. Apabila dapat dikailnya seekor
ikan itu maka ia potong ekornya dan dilepaskan balik ke sungai. Selepas itu, ikan itu yang lain bertalu-talu
menyambar kailnya memakan umpannya apabila saja kailnya itu dilemparkan balik
ke sungai. Ia bertalu-talu akan
melemparkan kailnya sehingga dapat kembaIi ikan yang mula tadi yang telah
dilepaskan balik ke sungai dengan tanda ekornya yang sudah terpotong itu
berkerat yang menandakan semua ikan tu yang ada dilubok itu sudah habis maka
baharu ia berhenti mengail di situ. Jika
mustahak ia pergi pula ke lubok yang lain.
Tidaklah diketahui rahsianya sama ada ia
ada memakai umpan yang istimewa atau pakai ilmu jampi selepas balik melepaskan
balik ikan yang pertama itu atau ilmu yang lain dan tidak pula diketahui sama
ada ilmu itu telah diturunkannya kepada orang lain atau dapat pengetahuan atau
ilmu itu daripadanya oleh anak-cucunya.
Bagaimanapun, pada zahirnya tidaklah ada orang lain yang memakai dua
ilmu itu. Oleh itu, ilmu itu hilangnya
begitu sahaja oleh kerana ilmu-ilmu orang-orang tua dahulu tidak diturunkan
kepada anak-cucu mereka dan tidaklah pula ada orang atau sukar mencari orang
yang boleh menulis untuk mengambil iangatan bagi masa itu.
Diriwayatkan yang ganjil nya daripada
harga-harga jualan ikan-ikan itu ia tidak boleh simpan tetapi hendaklah
dihabiskan hari itu jua oleh itu ia tidak boleh senang dengan pencarian
itu. Oleh yang demikian, ia terpaksa
berikhtiar cara lain cara hidup sebagai cara biasa diperbuat di kampong iaitu
dengan bercucuk tanam dan sebagainya
bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA
No comments:
Post a Comment