Tidaklah
diketahui dengan jelas asal-usul yang sebenarnya bagaimana kampung atau mukim
itu dinamakan Lambor Kiri tetapi mengikut satu cerita ialah berasal dari satu
perkataan didalam bahasa Sakai yang sekarang ini terkenal dengan nama Orang
Darat atau Orang Asli iaitu perkataan ‘Lambor’ yang bermakna satu tempat
permainan orang Sakai atau satu tempat di mana satu macam atau jenis permainan
orang Sakai yang mereka adalah daripada semasa ke semasa dan tempat itu ialah Kampung Tua Lambor Kanan di zaman
purbakala dan disitulah tempat orang-orang sakai berhimpul atau berkumpul bagi
mengadakan keramaian atau permainan itu.
Apabila orang-orang Melayu datang membuka kampung di situ di kiri-kanan
tebing Sungai Perak mereka terus pakai nama Lambor iaitu Lambor Kanan bagi
kampong Tua disebelah kanan mudik dan Lambor Kiri bagi kampung yang dibuka di
sebelah kiri mudik. Orang-orang Asli
disitu lalu berpindah jauh ke darat seperti Air Denak dan lain-lain. Mereka yang tidak berpindah terus duduk atau
bersekedudukan dengan orang-orang Melayu.
Satu riwayat yang lain mengatakan perkataan atau nama “Lambor” itu
berasal atau dalam Bahasa Siam
yang pada satu masa telah menaklukkan negara ini. Begitu juga tidaklah diketahui dengan jelas
tawarikh yang sebenar bila masa negeri ini atau mukim atau kampung ini mula
dibuka dan diduduki. Di dalam satu
riwayat menyatakan kampung ini adalah diantara kampung yang awal dibuka dan
diduduki oleh Tun Khamis dan pengikut-pengikutnya (daripada keturunan muntah
lembu) yang mula membuka hutan rimba belentara di negeri ini untuk dijadikan
kampung dan negeri bagaimanapun tidak syak lagi ini adalah satu daripada
kawasan dan kampung yang tertua jika tidak yang tertua sekali dan telah wujud
serta didiami orang semenjak beratus-ratus tahun lagi dan ini boleh disaksikan
daripada tanda atau kejadian di antaranya :-
(1)
Di merata-merata tempat atau kawasan
sepanjang-panjang kampung didapati bertaburan kubur-kubur orang dahulu termasuk
kubur-kubur orang-orang ternama seperti kubur Paduka Busu Ayan, kubur-kubur
Seri Nara Pandak Manan, Seri Nara Pandak Geluk, Seri Maharaja Dewa Panjang Ogek
dan lain-lain lagi. Di zaman itu
orang-orang mati dikuburkan di kampung masing-masing iaitu di zaman yang belum
diadakan kawasan tanah perkuburan khas sebagaimana selepas kemasukkan Kerajaan
Inggeris ke Negeri Melayu di Semenanjung ini.
(2)
Diantara kubur-kubur yang lain yang banyak itu
didapati ada satu kubur Laksamana Acheh dibezakan dengan kubur-kubur yang lain
kerana batu nesannya amat besar dan harus tidak ada lagi batu nesan yang
sebegitu besar di negeri ini. Di situ juga
di dapati beberapa kubur orang Acheh yang lain serta kubur-kubur orang Celebes
atau Silawisi tidak diketahui dengan jelasnya adakah mereka iitu semua berkubur
disitu setelah mati di dalam peperangan orang Perak dengan orang Acheh yang
menankluki negeri Perak dalam zaman Seri Paduka Almarhum Sultan Mansur Shah
yang pertama (1549-1577) atau terdahulu atau pun terkemudian daripada masa itu
iaitu semasa negeri Perak telah jatuh di bawah pemerintahan atau takluk di
bawah negeri Acheh semasa Sultan Mansur Shah yang tersebut iaitu jika
Perak yang kedua serta dengan anak-anak isterinya
yang telah ditawan dan dibawa ke Negeri Acheh.
Jika sekiranya
mereka itu telah mati ditangan pahlawan-pahlawan yang berani daripada
orang-orang Lamboar Kiri. Sekiranya
mereka itu pula telah mati biasa selepas itu iaitu selepas mereka menaklukkan
dan mengusai negeri Perak, maka ini adaalah menunjukkan Lambor Kiri di masa itu
telah dibuka dan diduduki oleh orang kebih dahulu.
(3)
Al-marhum Paduka Seri Sulatan Muzzafar Shah ibni
AhMarhun Sultan Mahmuid Shah Sultan yang pertama bagi negeri (1528-1547) telah
dirajakan (ditabalkan) di Tanah Abang iaitu di satu tempat di Air Mati Mukim
Lambor, Lambor Kanan iaitu disebelah
iaitu di seberang mukim Lambor Kiri (di seberang Sungai Perak) dan di masa
itupun mukim atau kampung di Lambor Kiri
telah diduduki orang. Diriwayatkan iaitu
orang-orang Lambor Kiri daripada nenek moyang kami adalah orang-orang atau sekurang-kurangnya
di antara orang yang pergi menjemput dan membawa masuk ke Perak Al-marhum
Paduka Baginda itu untuk ditabalkan sebagai Sultan negeri Perak yang pertama
selepas negeri Melaka dialah oleh dan ditakluki
oleh orang-orang Portugis dalam tahun masihi 1511.
bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA