(2) Seorang Daripada Anak Saya
Dengan itu saya telah dapat satu kesimpulan iaitu tuan itu telah tertarik hati kepada saya dan cukup percaya kepada saya. Kebetulan pada masa itu anak saya Ahmad Tajuddin belum lagi berkerja kerana kelulusannya rendah daripada yang lain dimasa itu dan kebetulan jua dimasa itu saya baharu sampai, Pejabat Pelajaran baharu sahaja lepas mengadakan peperiksaan temuduga dan telah melantik beberapa guru T.E.V.S. (Teacher of English in Vernacular Schools) yang ia ada cukup kelayakan pelajaran bagi jawatan itu.
Saya terus jumpa tuan itu saya kata yang saya kurang nasib kerana baharu saja lepas pejabat itu telah melantik beberapa orang bagi jawatan guru semacam itu yang seorang anak saya ada kelulusan baginya tetapi saya telah terlambat tiba.
Tuan itu tanya saya nama anak saya itu di mana ia berada dimasa itu dan saya pun terus beri ia tahu - tuan itu sendiri pergi dengan motokarnya yang ia pandu sendiri ke rumah saya baharu duduk pagi itu di Kuala Kangsar Road, Ipoh. Ia kata, 'Tajuddin - dress up and come" ia terus bawa anak saya itu berjumpa Guru Besar Anderson School katanya 'F.A's Son - give him Work' dan dengan perkataan-perkataan yang kurang daripada sepuluh patah itu dengan serta-merta anak saya itu dilantik menjadi seorang guru Bahasa Inggeris.
bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA
Catatan:
Difahamkan setelah beberapa bulan bertugas Allahyarham Ahmad Tajuddin telah tidak dibayar gajinya. Allahyarham Haji Mohd Yaakob sekali lagi telah bertemu dengan E.C. Hicks memaklumkan perkara tersebut. Hicks sekali lagi telah pergi ke Anderson School berserta dengan Allahyarham Haji Mohd Yaakob. Hicks telah berjumpa dengan Guru Besar sekolah tersebut bertanya kenapa gaji Ahmad Tajuddin tidak dibayar. Guru Besar tersebut menjelaskan bahawa tiada surat menyurat yang membolehkan ia membayar gaji kepada Ahmad Tajuddin. Hicks telah menyatakan surat beliau besar atau beliau sendiri besar dan mengarah Guru Besar tersebut serta-merta membayar gaji Ahmad Tajuddin.