Di masa yang akhir ini nampaknya kerajaan pun telah
sedar keadaan itu kerana bangunan kerajaan bagi klinik dan rumah-rumah bidan
kerajaan di Kampung Baru selalu saja dibanjiri oleh air yang dalam sehingga
tidak dapat diduduki beberapa masa. Oleh
itu kerajaan telah mula membuat benteng (Band) di tepi tebing sungai daripada
sebelah hulu sehingga ke hilir mukim.
Samada langkah ini akan berjaya manahankan tebing-tebing itu daripada
lagi rebak maka masa sajalah akan menyaksikan.
Bagaimanapun, nampaknya di
masa ini terpeliharalah tempat-tempat itu daripada dibanjiri air.
Pada masa
mula Kerajaan Inggeris masuk ke negeri ini iaitu di masa terusan air di Kampung
Kuchai digali dengan kerja kerah telah juga terjadi di Bandar Telok Anson yang
di masa itu dipanggil Telok Mak Intan dimana telah terjadi peristiwa yang
serupa iaitu satu terusan air digali dengan kerja kerah jua dan dilepaskan air
Sungai Perak ke dalamnya tetapi oleh kerana akibatnya telah jadi buruk sehingga
setengah Bandar Telok Anson di masa itu iaitu di tempat yang berdekatan dengan jam
tinggi sekarang hampir jatuh ke sungai yang dikorek itu. Maka terusan itu terpaksa ditutup balik untuk
menyelamatkan Bandar itu dan tempat yang dikorek dan ditutup itu sekarang
tinggal namanya saja iaitu Canal Road.
Tamat
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas
Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA
Catatan:
1. Tidak diketahui Canal Road masih ada atau telah ditukar nama.
1. Tidak diketahui Canal Road masih ada atau telah ditukar nama.
2. Dengan ini SEJARAH DAN RIWAYAT KAMPUNG SAYA LAMBOR KIRI PARIT PERAK telah habis diterbitkan. Terbitan selanjutnya adalah satu kembaran (lampiran) yang terdapat dalam buku tersebut
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteAn Thái Sơn chia sẻ trẻ sơ sinh nằm nôi điện có tốt không hay võng điện có tốt không và giải đáp cục điện đưa võng giá bao nhiêu cũng như mua máy đưa võng ở tphcm địa chỉ ở đâu uy tín.