BAHAGIAN YANG
KETUJUH
SEJARAH AWAL
NEGERI PERAK
Maka tersebutlah riwayat Tun Khamis dan orang-orang
ikutannya membuka Negeri Perak. Mereka
telah amat berjaya kerana mereka itu telah mendapat sambutan dengan mendapat
menggunakan tenaga Orang Asli di negeri ini yang duduk bertebaran dengan jalan
kerah iaitu bekerja dengan tidak dibayar upah atau gaji dan jika diberipun
dengan cara yang sedikit. Misalnya,
dengan memberi mereka makan dan sedikit pemberian seperti tembakau. Mereka itu tidak pula berani menolak atau
menentang kerana sekiranya mereka segan atau malas bekerja maka mereka
disakiti, di siksa (dipukul) dan jika mereka dapat melarikan diri mereka masuk
jauh ke darat ke dalam hutan yang luas dan tebal maka sebab itulah mereka pada
mulanya dipanggil “Sakai”
Di antaranya cara Tun Khamis dan orang-orang
ikutannya memajukan bagi membuka kampung-kampung halaman di beberapa kawasan di
sana-sini terutamanya di tepi-tepi tebing sungai iaitu dengan menempatkan
seorang atau dua, tiga orang ikutan di satu-satu tempat yang hendak
dibuka. Maka orang-orang ikutan inilah
yang mengumpulkan orang-orang asli itu untuk disuruh bekerja bagi menebas,
menebang hutan-hutan serta bercucuk-tanam pokok buahan, makanan dan menjadikan
kampung di tempat-tempat itu dan kesudahannya orang-orang itulah akan menjadi
ketua atau ikutan orang-orang di tempat itu.
Demikianlah terjadi atau terbukanya kampung di sana-sini dan pada
seluruhnya Tun Khamis menjadi pemerintahnya.
bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas
Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA