Didalam masa
yang singkat itu jua dua perkara yang lain pula telah menarik perhatian saya
iaitu:-
1.
Menyabung Ayam
Daripada zaman
purbakala menyabung ayam adalah permainan orang-orang Melayu sehingga Raja-raja
dan orang-orang besar atau orang ternama pun mengambil bahagian. Tetapi
di tempat ini (Kampar) di masa itu saya dapati orang-orang bangsa lain pun
mengambil bahagian dan lebih berjaya.
Ditakdirkan tuhan bersama saya bertugas ke situ
dengan keretapi yang sama seorang pemuda yang lain daripada bangsa asing yang
masih bujang Mr. L.P. pun turun di stesyen keretapi di situ (di waktu tengah
malam) dan terus menuju Rumah Sakit Kampar bersama saya. Rupanya, ia pun baru bertukar ke situ. Tidak berapa lama lepas kami sampai ke situ,
ia dengan tukang masak orang India di rumah sakit itu telah membuat satu team
sabung ayam sehingga pergi kampung-kampung orang Melayu di sekeliling tempat
atau pekan itu untuk bermain sabung ayam yang peliknya ayamnya itu tidak pernah
kalah.
Orang-orang Melayu terpengaruh dan terpedaya
kerana mereka memikirkan tentu dengan senang saja ayam sabung mereka boleh
mengalahkan ayam sabung orang itu. Kata
mereka apa ia tahu selok-belok memelihara ayam sabung. Mereka terperdaya kerana tiap kali mereka
menyabung ayam, mereka kalah dan ia dengan senang saja mendapat wang pertaruhan
sabung itu.
Saya tanya apa
muslihat yang ia jalankan dan ia beri saya sedikit sebanyak petuanya dan di antaranya
ialah:-
a.
Ayam sabung itu hendaklah yang besar, gagah badannya
dan tinggi pula supaya senang ia memagut ayam lawan daripada atas.
b.
Hendaklah di jaga makannya dan tempat tidurnya iaitu:-
(i) Disediakan jagung bertongkol, kupas
sedikit dan gantung tinggi di atas supaya ayam itu terpaksa meloncat ke atas
bagi biji-biji jagung itu untuk dimakannya.
Dengan cara ini, kaki-kaki dan lehernya akan kuat, keras dan cergas dan
juga dengqan cara itu ayam itu biasa memandang ke atas dan tidak tunduk ke
bawah bila berjalan.
(ii) Sediakan kayu atau rotan
unutk tempat ia hinggap atau berdiri semasa tidur dan dengan cara itu sentiasa
kedua kakinya berpegang teguh kepada kayu atau rotan itu takut jatuh ke bawah
di masa ia tidur. Dengan itu, urat-urat
peha kakinya sentiasa tegang kuat dan cergas.
(c) Daripada semasa ke semasa mandikan ayam itu
sambil merasa peha-peha dan kakinya
untuk menguatkan lagi anggotanya. Ada lagi sedikit petua
yang lain yang saya sudah lupa.
Saya faham ia
pelihara ayamnya didalam satu sangkar yang besar yang diletak di dalam bilek
mandi atau jamban di rumahnya supaya jangan bercampur-gaul dengan ayam
lain. Tetapi, apa yang saya menyaksikan
ialah adakah ia memelihara ayam, jantan yang lain selain daripada ayam
sabungnya itu kerana saya dapati ia ada beberapa tempat atau sangkar ayam
bertelur di sekeliling sangkar ayam itu atau di bawah rumahnya, pada hal ia
tidak memelihara ayam bertina. Tetapi
ayam-ayam bertina kepunyaan jiran-jirannya dan orang lain selalu datang
bertelur di tempat atau sangkar yang disediakannya itu. Jiran-jiran atau orang-orang lain itu dapat
tahu ayam-ayam betina mereka sudah bertelur di tempat lain. Apabila ayam-ayam mereka balik hendak
mengeram kerana telurnya sudah diambil daripada sangkar tempat ayam bertelur di
rumahnya. Pada hal jiran-jiran itu ada
jua sediakan sangkat tempat ayam mereka bertelur – soalannya adakah ayam-ayam
betina itu dibawa ke tempatnya oleh ayam jantan sabungnya atau ayam jantannya
yang lain.
bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA