Total Pageviews

Monday 13 June 2011

Sejarah dan Riwayat Kampung Saya Lambor Kiri, Parit, Perak

Di dalam buku ini, Allahyarham Haji Mohd Yaakob telah mencatatkan beberapa peristiwa silam yang berlaku di Lambor yang dikumpul beliau daripada cerita-cerita mulut orang tua-tua dahulu dan termasuk daripada nenek moyang beliau sendiri.  Cerita-cerita lisan ini dicatatkan berikutan Allahyarham berasa bangga dengan kehandalan dan pengetahuan orang-orang Lambor dahulu kala bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi, yang boleh dijadikan teladan serta pedoman hidup untuk mereka di masa akan datang.
     Antara peristiwa yang dicatat oleh Allahyarham ialah sejarah pembukaan Lambor oleh Tun Khamis atau Toh Maharaja Lambor.  Allahyarham juga turut mencatatkan serba sedikit sejarah pemulaan Negeri Perak dan perlantikan Sultan Perak yang pertama daripada cerita lisan yang diperolehinya.
      Selanjutnya Allahyarham juga telah mencatatkan nama-nama orang Lambor yang memegang jawatan penting dalam Kerajaan Negeri Perak pada masa dahulu.  Antara jawatan penting yang disandang oleh orang Lambor ialah jawatan Toh Seri Nara diRaja yang mana bertanggung jawab membisikkan ciri Kerajaan Negeri Perak semasa petabalan kepada Sultan yang baru dilantik.  Toh Seri Nara ini, dikatakan daripada keturunan Muntah Lembu dan Allahyarham telah turut mencatatkan latar belakang keturunan tersebut serta memberikan salasilah mereka.
     Tidak ketinggalan Allahyarham telah mencatatkan beberapa peristiwa yang berlaku semasa Perang Perak.  Turut diceritakan ialah peranan yang dimainkan oleh Toh Seri Maharaja Dewa Panjang Ogek untuk mendamaikan perbalahan yang berlaku antara Raja Muda Abdullah dan Sultan Ismail.  Lanjutan daripada pembunuhan JWW Birch dan Perjanjian Pangkor Sultan Abdullah telah diasingkan ke Johor dan antara  orang Lambor yang turut mengikuti Almarhum ialah Toh Seri Nara Dayan.  Adalah diketahui Toh Seri Nara Dayan telah meninggal dunia disana, cuma isteri dan anak beliau telah kembali ke Perak.  
      Salah satu lagi cerita yang diriwayatkan oleh Allahyarham ialah bantahan orang Lambor apabila Kerajaan hendak mengenakan cukai kepala setelah kemasukan British.
     Agak menarik juga antara yang dicatakan oleh Allahyarham ialah pembinaan terusan bagi menyelamatkan Makam Almarhum Sultan Muzzaffar Shah yang terdapat.  Satu peristiwa lagi yang dicatatkan ialah Pesta Perang Telur Tuntung yang diadakan pada masa dahulu.


HAK CIPTA TERPELIHARA

7 comments:

  1. mike ade tau tentang moyang lasam yang di kuburkan di pasir panjang laut setiawan ade kene mengene dgn lanun bugis di pulau sembilan ke

    ReplyDelete
  2. Maaf tuan, kami tiada maklumat berkaitan dengan Toh Lasam berkenaan. Kami tiada kaitan terus dengan Allahyarham. Walaubagaimana pun perkataan lanun yang digunakan adalah istilah penjajah. Maklumat daripada keluarga ini menyatakan bahawa Toh Lasam adalah seorang pahlawan Melayu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...maaf kepada pengarang,,izinkan sya untuk berkongsi maklumat tntnng lambor kiri ini krna sya adlh ank jti lambor kiri,dan sya pernh diceritakan mengenai keturunan mnth lembu yg x rmai diketahui dr arwah moyang saya dan opah sya di lambor kiri sjak kecil dn hya keluarga kmi shja yg pnh diceritakn kisah keturunan ini tp syg tiada wris yg mngetahui salasilah ini..hrp sya dpt brhbng dgn tuan krn sya mmng bemnt merungkai keistimwaan kish besar di lambor kiri yg tlah hlng ditlan zman..harp diizinkn.

    ReplyDelete
  4. Mualaikum salam, Sila nyatakan bagaimana saudara masuk dalam salasilah muntah lembu dengan memberikan nama penoh mereka yang berkenaan yang berkait dengan salasilah tersebut mulai daripada nama saudara

    ReplyDelete
  5. Ade salasilah alang igai dengan mat bintang...tok saya umor @ omar baki bin alang mat ali

    ReplyDelete
  6. Kami tidak mempunyai maklumat yang diminta. Sila masuk ke laman GENI. Buka akaun sendiri dan cari maklumat di sana. Mana-mana maklumat yang kami ada telah dimasukkan di situ

    ReplyDelete
  7. Salam, dengan izinNya saya ditemukan dgn salah seorang waris yang sedang mengkaji asal usul moyang kami. Baru saya tau dari beliau yang moyang kami orang Lambor Kiri. Dan saya pernah diceritakan kisah keturunan muntah lembu itu oleh arwah ayah saya. Bagaimana dapat saya berhubung dgn tuan untuk pertanyaan lebih lanjut?

    ReplyDelete