Total Pageviews

Wednesday 29 June 2011

Salasilah Al-Lamborri.

      Manuskrip ini mengandungi beberapa salasilah yang berkaitan dengan keturunan Allahyarham Haji Mohd Yaakob.  Terdapat lima salasilah yang dicatatkan di dalam buku ini.  Salasilah-salasilah tersebut ialah:-

      1.     Salasilah pertama dinamakan Salasilah Muntah Lembu di mana terdapat nama Toh Maharaja Lambor yang terdiri daripada lapan adik-beradik, di mana adik-beradik ini telah datang ke Malaysia daripada Acheh dan membuka beberapa penempatan di Semenanjung.

      2.     Ianya merupakan salasilah Toh Kesumba Long Sharifah bt Toh Seri Nara DiRaja Perak Pandak Manan iaitu isteri kepada Toh Seri Dewa Maharaja Panjang Ogek.  Salasilah ini bermula daripada Toh Paduka Busu Ayan iaitu ninda kepada Long Sharifah.
   
      3.     Salasilah berikutnya dinamakan Salasilah Toh Seri Dewa Maharaja Panjang Ogek yang bermula daripada ayahanda dan bonda Toh Seri Dewa Maharaja Panjang Ogek iaitu Uda Katab bin Kanda Aman dan Ngah Mariam bt. Lahamat.

     4.      Salasilah selanjutnya ialah  Salasilah Toh Seri Nara DiRaja Dayan iaitu salah seorang pembesar  Negeri Perak yang telah mengikuti Sultan Ismail apabila baginda diasingkan ke Johor.  Toh Seri Nara DiRaja Dayan telah meninggal di Johor serta dikebumikan di sana dan akhir sekali

     5.     Ialah salasilah Puteri Alang Rias yang bermula daripada beliau empat beradik.  Mereka berempat ini adalah daripada keturunan Megat Terawis Toh Bendahara Garang Negeri Perak.

     Salasilah-salasilah ini adalah ditulis semula oleh Allahyarham semasa hayatnya berdasarkan ingat an daripada salasilah asal yang diterima oleh Allahyarham daripada nindanya Ngah Kenta.  Salasilah asal tersebut telah dimusnah oleh pencuri apabila rumah yang ditinggalkan dicerobohi ketika Perang Jepun.

     Seperti yang telah dinyatakan salasilah ini telah dan akan dimasukkan ke dalam salasilah GINI di internet.
 
HAK CIPTA TERPELIHARA

2 comments:

  1. As salam tuan,

    Saya ingin bertanya apakah Puteri Alang Rias dan Long Rias ada kaitan persaudaraan ?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Mualaikum salam
    Puteri Alang Rias yang dinyatakan adalah Puteri Alang Rias bt. Megat Putra b. Megat Dagang. Daripada keturunan Megat Terawis. Kami tidak mempunyai maklumat sama ada kedua nama berkenaan mempunyai tali persaudaraan atau orang yang sama. Kecuali Saudara memberikan maklumat yang lanjut bagi diteliti

    ReplyDelete