Saya juga masih teringat disatu masa yang lain saya terpaksa membela mereka (guru ugama). Dimasa itu saya berkerja di pejabat Pegawai Daerah dan gaji mereka itu pun dibayar menerusi pejabat itu. Biasanya guru datang untuk menerima gaji bulan pada hari kaki-kaki tangan pejabat yang lain menerima gaji mereka diakhir tiap-tiap bulan itu. Selalunya wang atau cek-cek bagi guru itu belum diterima dimasa itu. Oleh itu mereka terpaksa balik ke kampung masing-masing ditempat mereka mengajar. Selepas seminggu daripada itu datang pula mereka sekali lagi dan dimasa itu pun belum jua wang gaji mereka diterima daripada ibu-pejabat mereka. Mereka kali ini pun nanti sehari dua dan tidak juga sampai. Oleh itu mereka terpaksa jua balik ke kampung mereka dengan hampa tangan sekali lagi dan kali yang ketiga selepas itu harus mereka dapat menerimanya,
bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA
No comments:
Post a Comment