Sebagaimana yang saya telah sebutkan semasa saya baharu bekerja di Pejabat Ugama Perak, guru-guru ugama belum lagi mendapat pindaan tangga gaji baharu dan tidaklah atau belumlah ada ura-ura pun hendak dipinda.
Pihak guru-guru Quran atau guru-guru ugama kerajaan dimasa itu yang diketuai oleh Encik Sapari Ketua Guru Pelawat mereka telah meminta saya pula untuk merekakan sepucuk surat rayuan diatas perkara itu kepada Kerajaan Perak - keadaan mereka adalah amat berlainan dan gaji mereka rendah pula, sebagaimana yang telah disebutkan $8.00 dan $15.00 saja pada sebulan. Oleh itu amatlah payah hendak memperbuat bandingan tetapi oleh kerana saya baharu sahaja bersara daripada Jabatan Pelajaran Perak saya telah dapat menggunakan pengelaman saya semasa dipejabat itu dengan membandingkan gaji-gaji guru ugama dimasa itu dengan gaji-gaji yang dibayar oleh kerajaan kepada guru bangsa Cina dan guru bangsa India yang mengajar bahasa mereka masing di sekolah-sekolah mereka dan bantuan oleh kerajaan 'Aided Schools' sambil merayu iaitu guru-guru sekolah-sekolah Ugama Islam iaitu Ugama Rasmi negeri ini mengikut Perlembagaan amat jauh tertinggal kebawah daripada guru-guru bangsa asing yang setaraf.

bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA
Entry - 207