Selepas pejabat ditutup
pada 24.12.1941 pun saya tidak dapat balik ke kampung kami Lambor Kiri kerana
dimasa itu tiada ada lagi motor bot tambang atau apa-apa kenaikkan yang lain
untuk pergi ke sana, sungguhpun kereta motokar saya yang sudah dibaiki masih
ada, tetapi tidak dapat digunakan kerana jalan motokar untuk pergi ke sana yang
terus dimasa itu belum mula lagi dan terpaksalah melalui Batu Gajah dan Parit,
dan daripada Parit ke Lambor Kanan saja (tidak ke Lambor Kiri) dan jalan-jalan
itu tidak lagi dibenarkan lalu lintas lagi kerana tentera Jepun telah semakin
dekat. Oleh itu kami telah terkurung di Telok Anson. Bagaimana pun kami tidak
boleh lupakan ikhtiar yang dijalankan keluarga-keluarga kami di kampung untuk
menyelamatkan kami kerana pada 30.12.1941 dua orang daripada keluarga kami iaitu
Encik Uda Idris (sekarang Haji) dan Encik Mohd Jadi telah mari ke Telok Anson
untuk membawa kami balik ke Lambor, setibanya saja mereka ke Telok Anson maka
kami dengan serta merta ketika itu jua berjalan kaki dengan melalui Sungai
Manik meredah ke hulu, kebetulan pula dimasa itu Sungai Perak (banjir air bah)
maka kami terpaksa meraduk air hingga sampai kedada kami, melalui jalan kaki
dan diwaktu malam hari itu kami sampai ke Pulau Tiga dengan pakaian yang semua
kuyub. Didalam masa gelab gulita itu suara saya dikenal oleh Cikgu Amran yang
kenalkan saya, ia dengan murah hati menyemput kami ke rumahnya dan dijamunya
kami malam itu dimana kami langsung bermalam
bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA