(4) Pihak pembangkang telah menggunakan seluasnya akhbar tempatan bagi membangkang dan menjalankan dakyah mereka bertahun-tahun lamanya dan sesudahnya saya dan Encik Shaari, Nazir Baitulmal, Zakat dan Fitrah dimasa itu telah dapat satu jalan atau langkah sulit untuk mencegah atau memadamkan perkara itu dan baharulah berhasil
bersambung
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas
Al-Lamborri
HAK CIPTA TERPELIHARA
Catatan:
Difahamakan Encik Sahaari dan Tuan Haji Mohd Yaakob telah pergi berjumpa dan berunding dengan pemberita yang sering menulis tentang perkara tersebut diakhbar tempat ia berkerja. Kerjasama beliau telah diminta untuk tidak lagi menulis perkara berkenaan didalam akhbarnya. Selepas rundingan tersebut baharulah bantahanan terhadap kutipan Zakat dan Fitrah yang dijalankan oleh Jabatan Ugama Negeri Perak tidak disiarkan lagi diakhbar berkenaan.